BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAK JUMLAH, TARIKH, STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan MyKasih 2026 ialah sebahagian daripada pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah (termasuk kategori B40 dan M40) untuk menerima bantuan tunai secara cashless terus ke MyKad mereka. Ia memberi kredit yang boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat terkini mengenai jumlah bayaran, tarikh kredit, cara semak status kelayakan dan info OTP emel supaya anda lebih jelas sebelum menggunakan bantuan ini.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT BANTUAN MYKASIH 2026?
Walaupun syarat rasmi Bantuan MyKasih 2026 belum dimaklumkan, rujukan daripada tahun 2024 dan 2025 boleh digunakan. Antara syaratnya adalah seperti berikut.
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026 DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi kredit bayaran Bantuan MyKasih 2026 belum diumumkan lagi secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau pihak berwajib. Penerima disarankan untuk sentiasa menyemak nilai baki, tarikh dikreditkan dan maklumat lanjut melalui portal rasmi yang dibuka untuk semakan.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026 DISALURKAN?
Jumlah bayaran Bantuan MyKasih 2026 berbeza mengikut kategori penerima bermula dari RM50 hingga RM100. Rujuk perincian berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Selain itu, kerajaan turut perkenalkan one-off RM100 kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas sebagai sebahagian pelaksanaan SARA 2026 sekitar pertengahan Februari.

CARA TETAPAN EMEL MYKASIH
Mulai 1 Januari 2026, aplikasi MyKasih tidak lagi menggunakan OTP SMS. Sebaliknya, pengesahan akan dibuat melalui OTP emel.
- Sistem MyKasih beralih daripada OTP SMS ke OTP Emel kerana:
- Untuk keselamatan akaun
- Supaya akses SARA bulanan tidak terganggu

APA YANG PERLU ANDA BUAT?
- Update aplikasi MyKasih di Google Play Store terlebih dahulu.
- Log masuk ke aplikasi seperti biasa.
- Satu pop-up “Set Up Now” akan muncul di skrin.
- Klik “Set Up Now”.
- Masukkan alamat emel yang aktif.
- Tekan “Next”.
- Semak emel anda dan klik pautan “Verify Email Address” untuk pengesahan.
- Siap! Akaun anda sudah dikemas kini.

Nota penting:
- Perubahan ini KHUSUS untuk penerima SARA MyKasih bulanan sahaja.
- WAJIB kemas kini sebelum 31 Disember 2025.
- Jika tidak, anda tidak boleh akses aplikasi MyKasih selepas tarikh tersebut.
BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN MYKASIH 2026?
Semakan bayaran Bantuan MyKasih 2026 boleh dibuat secara online melalui Portal STR atau SARA.
➡️ STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
➡️ SARA: https://sara.gov.my
☎️ Hotline STR: 1-800-88-2747 | ☎️ Hotline MyKasih: 03-7720 1800
Rujuk langkah semakan berikut:
SEMAK BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026 MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026 MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH
Penilaian kelayakan Bantuan MyKasih 2026 dibuat berdasarkan data STR sedia ada, tiada permohonan baharu diperlukan. Bagi memastikan kelayakan tidak terjejas, penerima dinasihatkan untuk:
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Data akan disemak secara automatik oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan KPDN bagi penerima STR 2025 dan STR 2026. Sekiranya memenuhi kelayakan, pendaftaran sebagai penerima SARA MyKasih akan dilakukan secara automatik.
CARA BELI BARANG DAPUR GUNA MYKAD
Setelah bayaran Bantuan MyKasih 2026 dikreditkan ke MyKad, anda boleh:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
MyKasih adalah saluran pembayaran SARA bagi penerima STR yang layak berdasarkan kriteria semasa.
Tidak. Kredit hanya boleh digunakan untuk belian barangan asas di kedai yang mengambil bahagian.
Tidak. Hanya kedai yang berdaftar dengan MyKasih boleh menerima pembayaran bantuan.nya pasar raya terpilih yang berdaftar.
Semak folder Spam atau hantar semula OTP melalui aplikasi; jika masih gagal, hubungi sokongan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bayaran Bantuan MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/