PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA 2026 : INISIATIF BANTUAN BARANGAN HINGGA RM50,000
Program Geran Agropreneur Muda 2026 diperkenalkan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai belia menceburi sektor agromakanan secara serius dan berdaya maju. Melalui pendekatan penjenamaan Agropreneur NextGen, bantuan ini memberi tumpuan kepada penyediaan keperluan projek sebenar bagi membantu belia memulakan atau mengembangkan aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan secara lebih sistematik serta mampan.
Semua butiran penting bagi permohonan Geran Agropreneur Muda telah disusun di bawah.
BACA JUGA: PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA (TUBE-S)
APA ITU GERAN AGROPRENEUR MUDA 2026?
Geran Agropreneur Muda atau NextGen 2026 adalah inisiatif di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan belia dalam sektor agromakanan melalui bantuan bukan tunai yang lebih praktikal dan berimpak.

SYARAT PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA
Untuk melayakkan diri dalam Program Geran Agropreneur Muda, pemohon perlu memenuhi syarat asas serta keperluan tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak pelaksana sebelum membuat permohonan. Syarat-syaratnya adalah:
SYARAT ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
- Mempunyai kebolehan membaca, menulis dan mengira.
SYARAT TAMBAHAN
Beberapa syarat tambahan turut ditetapkan bagi pemohon kategori Start-Up untuk memastikan bantuan disasarkan kepada belia yang layak:
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 43 tahun.
- Pemohon yang baru memulakan projek diwajibkan mengikuti kursus atau latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementerian berkaitan.
- Pemohon yang telah mempunyai projek sedia ada boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti latihan teknikal, tertakluk kepada sokongan dan perakuan Jabatan / Agensi pembimbing.
- Pemohon yang memiliki kelulusan Sijil, Diploma atau Ijazah daripada institusi pendidikan yang diiktiraf MQA atau institut latihan berkaitan projek pertanian juga boleh dipertimbangkan untuk pengecualian latihan teknikal.
- Mempunyai pendapatan bersih kurang daripada RM5,000 sebulan, bagi melayakkan permohonan Geran Agropreneur Muda.
PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA
Permohonan Geran Agropreneur Muda dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem rasmi KPKM dengan proses yang ringkas dan teratur. Ikuti panduan ringkas untuk permohonan Geran Agropreneur Muda di bawah ini:
- Daftar Akaun
- Daftar akaun pemohon di portal rasmi sistem eGAM KPKM: https://egam.kpkm.gov.my/
- Lengkapkan Borang Permohonan
- Isi maklumat peribadi, projek, pengalaman dan perancangan dengan lengkap
- Hantar Permohonan
- Permohonan akan dinilai oleh jabatan pembimbing yang berkaitan
📌 Permohonan dibuka sepanjang tahun bagi memberi ruang kepada belia membuat perancangan rapi sebelum mengemukakan permohonan.

Sila rujuk manual pengguna & langkah-langkah mengisi borang permohonan di bawah ini:
KATEGORI UTAMA GERAN AGROPRENEUR MUDA
Program ini menawarkan dua (2) jenis bantuan utama, iaitu:
1️⃣ Geran Agropreneur Muda (GAM)
i) Start-up
- Geran ini merupakan bantuan permulaan daripada kerajaan untuk agropreneur muda yang baru memulakan perniagaan.
- Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos permulaan perniagaan.
- Bantuan diberi dalam bentuk barangan (bukan tunai)
- Nilai maksimum:
- Sehingga RM30,000 bagi projek huluan pertanian (tanaman / ternakan / perikanan)
- Sehingga RM20,000 bagi projek Industri Makanan & Asas Tani
ii) Scale-up
- Geran ini ditawarkan kepada penerima GAM sedia ada yang ingin mengembangkan projek pertanian.
- Terbuka untuk projek huluan pertanian (tanaman / ternakan / perikanan)
- Bantuan diberi dalam bentuk barangan
- Nilai maksimum sehingga RM50,000 seorang
- Digunakan untuk pembelian:
- Agroteknologi
- Mekanisasi
- Automasi terkini
iii) Bantuan Peluang Kedua
- Bantuan ini khas untuk penerima GAM Start-up yang projeknya terhenti akibat bencana.
- Bertujuan membantu projek diteruskan semula
- Bantuan maksimum sehingga RM20,000
2️⃣ Khidmat Nasihat Teknikal & Latihan
- Selain geran, peserta juga akan menerima:
- Khidmat nasihat teknikal
- Latihan secara intensif
- Dilaksanakan oleh jabatan, agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian
- Program diselaraskan di peringkat negeri
- Dilaksanakan mengikut jadual berkala sepanjang tahun
APA PAKEJ GERAN YANG DITAWARKAN?
Bantuan Geran Agropreneur Muda yang ditawarkan merangkumi beberapa pakej projek utama yang disesuaikan dengan bidang tanaman, ternakan atau perikanan yang diceburi. Butirannya seperti berikut:
| Pakej Projek | Butiran |
|---|---|
| 🌱Tanaman | Merangkumi projek tanaman makanan, hortikultur, tanaman kontan & tanaman bernilai tinggi yang menyokong keterjaminan makanan negara. |
| 🐓Ternakan | Melibatkan projek penternakan seperti ayam, lembu, kambing, itik & ternakan lain yang berpotensi secara komersial. |
| 🐟Perikanan | Merangkumi projek akuakultur, perikanan darat atau laut, termasuk pembenihan dan pembesaran hasil perikanan. |
| 🏭Industri Makanan & Asas Tani | Fokus kepada pemprosesan hasil pertanian, produk hiliran serta industri asas tani yang meningkatkan nilai tambah hasil agro. |
MANFAAT GERAN AGROPRENEUR MUDA 2026
Antara manfaat utama geran ini ialah:
- Bantuan yang lebih bersasar kepada keperluan projek.
- Galakan penggunaan teknologi moden.
- Sokongan teknikal berterusan serta pemantauan yang membantu memastikan kelangsungan projek agro belia.
SENARAI KURSUS PERTANIAN & PEMPROSESAN MAKANAN 2026
Berikut adalah butiran Kursus Pertanian & Pemprosesan Makanan tahun 2026 yang dianjurkan di beberapa buah Jabatan Pertanian Negeri:
📍 PERAK
Kelayakan & Syarat:
- Terbuka kepada orang awam bermastautin di Perak
- Umur 18–65 tahun
- Keutamaan kepada pemohon mempunyai projek aktif
- Kursus Mekanisasi / Traktor & Backhoe:
- Umur 21–45 tahun
- Mempunyai lesen CDL (Kelas D – Competent Driving License)
Makluman Penting:
- Tiada pengesahan cuti tanpa rekod dikeluarkan
- Tiada panggilan hingga tarikh kursus = permohonan tidak berjaya
- Peserta wajib komited sepanjang kursus
- Sijil Penyertaan diberikan kepada peserta yang tamat kursus
📞 Pertanyaan: 05-2541999 / 05-2426176
📝 Borang Permohonan: https://shorturl.at/AT1xU

📍 KEDAH
- Kursus dilaksanakan berperingkat (negeri & daerah)
- Permohonan dibuka mengikut 4 sukuan:
- Jan–Mac
- Apr–Jun
- Jul–Sep
- Okt–Dis
Syarat & Panduan:
- Semak kursus berstatus “BUKA” sahaja
- Nombor telefon mesti aktif & ada WhatsApp
- Kursus daerah: untuk peserta dalam daerah berkenaan
- Kursus negeri: terbuka kepada usahawan tani Kedah
📝 Senarai Kursus & Permohonan: https://plpkedah.my.canva.site/sistempermohonankursus

📍 PAHANG
- Kursus sepanjang tahun 2026
- Bidang: pertanian & Industri Asas Tani (IAT)
- Terbuka Kepada:
- Petani
- Orang awam
- Usahawan yang berminat
- Nota Penting:
- Penyertaan terhad
- Keutamaan kepada pendaftaran awal
- Hebahan melalui Facebook & Laman Web Rasmi JPN Pahang
📞 Pertanyaan: 09-573 3133 (Seksyen Latihan, JPN Pahang)

📍 KELANTAN
- Sasaran Peserta:
- Usahawan
- Usahawan tani
- Petani
- Orang awam
- Kelebihan Kursus:
- Percuma
- Fokus peningkatan kemahiran & pemerkasaan komuniti tani
- Cara Permohonan:
- Daftar melalui Pejabat Pertanian Jajahan berdekatan
- Penyertaan terhad & digalakkan daftar awal

📍 PULAU PINANG
- Fokus Kursus:
- Pertanian & Pemprosesan Makanan
- Kualiti produk, kebersihan makanan & nilai tambah
- Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada penduduk Pulau Pinang
- Yuran & Kemudahan:
- Yuran minimum: RM15
- Makan & minum disediakan
- Kos pengangkutan tidak termasuk
📝 Permohonan Online: https://ekursustani.penang.gov.my/login.php

📍 MELAKA
- Terbuka Kepada:
- Orang awam
- Usahawan tani
- Individu berminat sektor pertanian & IAT
- Maklumat Kursus:
- Merangkumi pengeluaran, pemprosesan & agronomi
- Tarikh & butiran kursus seperti dalam poster rasmi
📝 Borang Permohonan: https://forms.gle/guH5dfVY8PwfZFvf6
📌 Info Lanjut: Hubungi Pejabat Jabatan Pertanian Daerah berhampiran

BAGAIMANA CARA SERTAI AGROPRENEUR MUDA LPNM?
Permohonan Program Agropreneur Muda Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) boleh dibuat melalui dua (2) cara, iaitu:
1️⃣ Permohonan Secara Dalam Talian
- Pemohon boleh membuat permohonan melalui laman sesawang rasmi berikut:
2️⃣ Hadir Terus ke Pejabat LPNM
- Pemohon juga boleh hadir sendiri ke Pejabat LPNM berdekatan untuk:
- Mendapatkan penerangan lanjut
- Sesi konsultasi
- Panduan lengkap proses permohonan Program Agropreneur Muda

SOALAN LAZIM (FAQ)
Geran ini disalurkan dalam bentuk barangan dan peralatan projek, bukan wang tunai.
Pengalaman memberi kelebihan, namun penilaian turut mengambil kira potensi dan perancangan projek.
Ya, projek berskala kecil atau baharu boleh dipertimbangkan mengikut kategori yang sesuai.
Bantuan diberikan berdasarkan kelulusan projek dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Setiap permohonan tertakluk kepada garis panduan dan kelulusan semasa yang berkuat kuasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan Geran Agropreneur Muda ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Geran Agropreneur Muda (eGAM): https://egam.kpkm.gov.my/
- Talian: 03-8000 8000
- E-mel: [email protected]
- Laman LPNM : https://www.mpib.gov.my/