PENDAFTARAN STR FASA 1 2026 : SEMAK CARA DAFTAR & BUAT PERMOHONAN SEBELUM TARIKH TUTUP

PENDAFTARAN STR FASA 1 2026 : SEMAK CARA DAFTAR & BUAT PERMOHONAN SEBELUM TARIKH TUTUP

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kembali membuka pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026. Program ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 melalui pemberian tunai secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi individu atau isi rumah yang belum berdaftar atau ingin mengemas kini maklumat, permohonan STR Fasa 1 boleh dibuat sebelum tarikh tutup pada 28 November 2025.

Artikel ini akan menerangkan panduan lengkap cara pendaftaran, semak kelayakan dan maklumat penting berkaitan permohonan STR Fasa 1 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

BERAPA JUMLAH STR FASA 1 2026 YANG DIAGIHKAN?

STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

BAGAIMANA CARA PENDAFTARAN AKAUN MY STR & SEMAKAN STATUS FASA 1?

Semua penerima STR disaran mendaftar akaun MySTR, termasuk pengguna baharu dan lama, bagi memudahkan akses maklumat serta status pendaftaran STR Fasa 1 2026. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
BAGAIMANA CARA PENDAFTARAN AKAUN MY STR & SEMAKAN STATUS FASA 1

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
BAGAIMANA CARA PENDAFTARAN AKAUN MY STR & SEMAKAN STATUS FASA 1

KEMASKINI MAKLUMAT STR

Bagi memastikan tiada masalah semasa penilaian kelayakan, pemohon digalakkan untuk kemaskini selepas pendaftaran STR Fasa 1 di portal MySTR seperti berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  2. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  3. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  4. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  5. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  6. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  7. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR

PENDAFTARAN STR FASA 1 2026

Bagi memastikan tiada yang tercicir, individu yang layak tetapi belum memohon boleh mengisi pendaftaran STR Fasa 1 2026 secara dalam talian mengikut langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan :
    • “Berkahwin”;
    • “Bercerai”;
    • “Bujang”;
    • Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada) :
    • Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
  11. Muat naik dokumen sokongan :
    • Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. Masukkan maklumat waris :
    • Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PENDAFTARAN STR FASA 1 2026

SOALAN LAZIM (FAQ)

Perlu buat pendaftaran semula STR Fasa 1 2026 jika sudah terima pada tahun 2025?

Tidak perlu, tetapi disarankan buat kemas kini maklumat sekiranya ada perubahan pendapatan, status perkahwinan atau alamat.

Apa jadi kalau terlepas tarikh tutup 28 November 2025?

Permohonan hanya boleh dibuat semula pada pembukaan fasa seterusnya tahun 2026.

Bolehkah orang kurang upaya (OKU) memohon STR?

Ya, OKU yang memenuhi syarat umur dan pendapatan layak menyertai kategori sesuai.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Pendaftaran STR Fasa 1 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment