BANTUAN BULANAN MYSARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN, JUMLAH BAYARAN & CARA MOHON
Kerajaan Malaysia meneruskan komitmen membantu rakyat berpendapatan rendah melalui pelaksanaan Bantuan Bulanan MySARA 2026, iaitu program subsidi barangan asas bagi mengurangkan beban sara hidup isi rumah B40 dan M40. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan harian dan makanan asas lain menggunakan MyKad secara tanpa tunai. Program MySARA 2026 ini bertujuan memastikan bantuan bulanan sampai terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Perincian lanjut boleh dirujuk di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BULANAN MYSARA 2026?
Tiada kenyataan rasmi lagi bagi syarat kelayakan SARA 2026, tetapi ia dijangka kekal seperti tahun-tahun terdahulu. Berikut antara syaratnya:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan. Contoh untuk SARA 2025 ialah sehingga 31 Oktober 2024.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN BULANAN MYSARA 2026 YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan bulanan MySARA 2026 berbeza mengikut kumpulan penerima, dari RM50 hingga RM100. Semak butiran di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Perhatian: Penerima yang tersenarai dalam kategori miskin atau miskin tegar eKasih layak menerima tambahan bantuan SARA sebanyak RM600 bagi bujang dan RM1200 bagi isi rumah serta warga emas tiada pasangan.

PENGHARGAAN SARA RM100
- Bantuan RM100 one-off di bawah SARA 2026 akan disalurkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.
- Seramai 22 juta rakyat dewasa bakal menikmati bantuan ini bagi meringankan beban perbelanjaan harian.
- Jumlah peruntukan STR dan SARA 2026 dianggarkan sekitar RM15 bilion hasil penjimatan subsidi kerajaan.

BILA TARIKH BAYARAN MYSARA DIKREDITKAN DALAM MYKAD?
Tarikh rasmi bagi bayaran MySARA 2026 masih menunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan. Rujuk portal STR dan MyKasih dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini.

SEMAK STATUS BANTUAN BULANAN MYSARA 2026
Penerima yang layak boleh membuat semakan bantuan bulanan MySARA 2026 secara online melalui Portal STR atau laman rasmi SARA.
- STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- SARA: https://sara.gov.my
- Hotline STR: 1-800-88-2747 / Hotline MyKasih: 03-7720 1800
- Rujuk langkah semakan berikut:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PERMOHONAN BANTUAN BULANAN MYSARA
Tiada permohonan baharu diperlukan untuk bantuan bulanan MySARA 2026 kerana ia diproses melalui data STR. Jadi, individu yang berkelayakan perlu memohon STR terlebih dahulu. Langkah permohonan STR adalah seperti berikut:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Bagi penerima STR 2025/2026, data anda akan disemak secara automatik oleh MOF dan KPDN.
Jika layak, anda akan didaftarkan terus sebagai penerima MySARA tanpa perlu membuat permohonan baharu.
CARA GUNA BANTUAN BULANAN MYSARA 2026 UNTUK PEMBELIAN
Guna MyKad semasa membuat bayaran bagi pembelian barangan MySARA. Pilih barangan asas yang diluluskan, sahkan MyKad di kaunter dan simpan resit pembelian. Berikut adalah langkah lengkap cara pembelian barangan MySARA menggunakan MyKad:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak sepenuhnya. Ia berbentuk nilai kredit bulanan dalam MyKad untuk pembelian barangan asas.
Dijangka bermula suku pertama tahun 2026 (Januari – Mac).
Boleh digunakan di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah program MySARA di seluruh Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Bulanan MySARA 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/