ONE OFF SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN SARA TAMBAHAN

ONE OFF SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN SARA TAMBAHAN

One Off SARA 2026 merupakan inisiatif khas kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, penerima yang layak akan menerima kredit RM100 secara sekali sahaja (one-off) yang dimasukkan terus ke dalam MyKad. Bantuan tanpa tunai ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di premis terpilih dengan lebih mudah dan selamat.

Maklumat lanjut telah tersedia di bawah ini.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

ONE OFF SARA 2026

SARA One Off 2026 ialah bantuan berbentuk kredit tanpa tunai yang disalurkan terus ke dalam MyKad penerima. Bagi tahun 2026, kerajaan memperkenalkan bayaran khas RM100 secara sekali sahaja sebagai bantuan tambahan kepada rakyat dewasa yang layak. Antara ciri utama bantuan ini ialah:

  • Kredit RM100 dimasukkan terus ke MyKad
  • Termasuk dalam pakej bantuan kos sara hidup Bajet 2026
  • Digunakan untuk pembelian barangan asas
  • Sah digunakan di premis berdaftar sahaja
ONE OFF SARA 2026

BILA TARIKH SARA ONE OFF 2026 DIKREDITKAN?

Kerajaan telah menetapkan jadual agihan bantuan SARA bagi tahun 2026 seperti berikut:

  • SARA Bulanan
    • ▶️ Bermula: 9 Januari 2026
  • SARA One-Off (Bayaran Sekali Sahaja)
    • ▶️ Bermula: 9 Februari 2026
BILA TARIKH SARA ONE OFF 2026 DIKREDITKAN

APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026 ONE OFF?

Secara umum, bantuan ini terbuka kepada rakyat Malaysia dewasa tanpa mengira latar belakang pendapatan. Syarat kelayakan utama One Off SARA 2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Tiada had pendapatan atau status pekerjaan.

SARA ONE OFF 2026 PERMOHONAN

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan One Off SARA 2026 ini. Bantuan diberikan secara automatik berdasarkan data rasmi kerajaan. Namun, penerima digalakkan memastikan perkara berikut sentiasa dikemaskini:

  • Maklumat peribadi adalah tepat
  • Rekod STR sentiasa dikemaskini
  • Status MyKad dalam keadaan baik
  • Perubahan maklumat dikemaskini segera

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS SARA 2026 ONE OFF?

Penerima boleh menyemak status kemasukan kredit ke MyKad secara dalam talian melalui saluran rasmi berikut:

  • Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
  • Laman SARA: sara.gov.my
  • Hotline:
    • STR: 1-800-88-2747
    • MyKasih: 03-7720 1800

Langkah semakan lengkap seperti di bawah:

ONE OFF SARA 2026 SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR (UNTUK PENERIMA STR)

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS SARA 2026 ONE OFF

SEMAKAN SARA ONE OFF 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran SARA 2026
    • Semak baki bantuan
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS SARA 2026 ONE OFF

ONE OFF SARA 2026 SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA

Pengguna perlu mempunyai akaun MyDigital ID yang berdaftar dan aktif. Langkah semakan melalui MyGOV:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak SARA One Off 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH

Penerima disarankan menyemak baki secara berkala bagi mengelakkan kredit tamat tempoh tanpa digunakan. Baki kredit SARA boleh disemak melalui beberapa kaedah berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA akan dipaparkan
SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

PEMBELIAN BARANGAN SARA GUNA MYKAD

Kredit RM100 one-off dalam MyKad hanya boleh digunakan di premis yang berdaftar dengan Program SARA MyKasih 2026. Langkah pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
PEMBELIAN BARANGAN SARA GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah SARA One Off 2026 perlu dipohon?

Tidak, bantuan diberikan secara automatik.

Bolehkah wang ini dikeluarkan tunai?

Tidak, hanya boleh digunakan secara tanpa tunai.

Di mana boleh guna kredit SARA?

Di kedai dan pasar raya berdaftar MyKasih.

Adakah kredit boleh dipindahkan?

Tidak, ia hanya untuk pemilik MyKad.

Adakah baki boleh dibawa ke tahun depan?

Tertakluk kepada syarat semasa kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi One Off SARA 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment