ISEJAHTERA PULAU PINANG : SEMAKAN BAYARAN BAGI FASA 1 2026 & PERMOHONAN BARU BANTUAN

ISEJAHTERA PULAU PINANG : SEMAKAN BAYARAN BAGI FASA 1 2026 & PERMOHONAN BARU BANTUAN

Program iSejahtera Pulau Pinang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberi sumbangan kewangan tahunan kepada golongan yang layak seperti warga emas, ibu tunggal, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) dan bayi berumur 2 tahun ke bawah. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Pulau Pinang, dengan pembayaran dibuat secara berperingkat setiap tahun melalui sistem elektronik.

Maklumat lengkap berkaitan iSejahtera Pulau Pinang telah disusun di bawah ini.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE

PROGRAM ISEJAHTERA PULAU PINANG

Terdapat beberapa jenis bantuan dalam Program iSejahtera yang boleh dimohon oleh penduduk Pulau Pinang:

  1. Bantuan Ibu Tunggal
  2. Bantuan OKU
  3. Bantuan Suri Rumah
  4. Bantuan Anak Emas
  5. Bantuan Teksi Dan Bas Sekolah
  6. Penghargaan Warga Emas
PROGRAM i-SEJAHTERA PULAU PINANG

APA SYARAT KELAYAKAN ISEJAHTERA PULAU PINANG?

Ada beberapa syarat kelayakan Bantuan iSejahtera Pulau Pinang mengikut kategori permohonan. Antara syarat-syarat utama ialah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Pulau Pinang, kecuali untuk program OKU yang hanya perlu menetap di negeri tersebut.
  • Setiap program mempunyai syarat lanjut yang perlu dipenuhi mengikut butiran berikut:

PENGHARGAAN WARGA EMAS

  • Pemohon berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan Waris.
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BANTUAN IBU TUNGGAL

  • Bercerai atau kematian suami
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
  • Tidak berkahwin semula.
  • Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
    • Sijil Kelahiran salah seorang anak.
    • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
    • Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

SURI EMAS (SURI RUMAH)

  • Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
  • Wanita masih berumahtangga.
  • Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan Suami.
    • Salinan Sijil Perkahwinan.
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BANTUAN OKU

  • Menetap di Negeri Pulau Pinang.
  • Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja).
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Kad Pengenalan Waris.
    • Salinan Kad Pendaftaran OKU.
    • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.

ANAK EMAS (BARU LAHIR)

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
  • Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Sijil Kelahiran anak.
    • Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
    • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BANTUAN TEKSI DAN BAS SEKOLAH

TEKSI

  • Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
  • Memiliki Kad Pemandu (Teksi/Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang/Limosin/Teksi Mewah).
  • Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja.
  • Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
    • Salinan Kad Pemandu (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif).
    • Maklumat Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).

(Sila Muatnaik Dokumen Secara Atas Talian)

BAS SEKOLAH

  • Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
  • Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku.
  • Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja.
  • Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja.
  • Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
  • Dokumen yang perlu disediakan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
    • Salinan Permit Bas Sekolah (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
    • Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif).
    • Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
    • Maklumat Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
  • Maklumat Caruman SOCSO (sekiranya pemilik atau bekerja dengan majikan).

(Sila Muatnaik Dokumen Secara Atas Talian)

Makluman: Bagi pemohon yang bukan pengundi Pulau Pinang,

  • Tukar Kad Pengenalan mengikut alamat Pulau Pinang di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Setelah mendapat Kad Pengenalan yang baharu, terus ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri untuk pertukaran alamat tempat mengundi
  • Ambil masa 1-2 bulan untuk pertukaran selesai. Semakan boleh dibuat dari masa ke semasa di laman rasmi SPR

BILA TARIKH BAYARAN ISEJAHTERA PULAU PINANG FASA 1?

Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan.

Bagi Fasa 1/2026 Program iSejahtera yang merangkumi Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Suri Emas dan Program Bantuan OKU, pembayaran akan mula dilaksanakan bermula 7 Februari 2026.

Perhatian: Permohonan yang diterima selepas 10 Januari 2026 akan diproses bagi pembayaran Fasa 2 Tahun 2026.

BILA TARIKH BAYARAN iSEJAHTERA PULAU PINANG FASA 1

BAGAIMANA BAYARAN BANTUAN ISEJAHTERA DISALURKAN?

Pembayaran iSejahtera akan dibuat melalui kaedah tunai atau Electronic Funds Transfer (EFT). Sekiranya pemohon sebelum ini memilih kaedah tunai, pemohon boleh mengemas kini kepada kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank terkini melalui sistem.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank sendiri, pemohon boleh menggunakan akaun bersama waris (joint account) atau membuat perakuan untuk pembayaran dimasukkan ke dalam akaun waris yang berumur 18 tahun dan ke atas.

BERAPA JUMLAH BANTUAN ISEJAHTERA DIAGIHKAN?

Bayaran bantuan iSejahtera Pulau Pinang dibuat sekali setahun secara peringkat kepada penerima yang layak. Anggaran jumlah bagi setiap program:

BAYARAN 1 (SATU) KALI SETAHUN

KATEGORI BANTUANJUMLAH SUMBANGAN
WARGA EMASRM200
IBU TUNGGALRM100
SURI EMASRM100
OKURM200

BAYARAN ONE OFF

KATEGORI BANTUANJUMLAH SUMBANGAN
ANAK EMASRM200
KHAIRAT KEMATIANRM1000

PERMOHONAN ISEJAHTERA PULAU PINANG

Pemohon yang ingin memohon bantuan iSejahtera Pulau Pinang boleh buat secara atas talian (online) atau secara manual. Ikuti langkah penuh di bawah:

Permohonan Secara Atas Talian (Online)

Bagi permohonan secara online, pemohon boleh mendaftar melalui laman web berikut:
👉 https://isejahtera.penang.gov.my. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi iSejahtera.
  2. Klik pada butang Permohonan Baru dan Semakan Status.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan.
  4. Mohon Program Penghargaan untuk mendapatkan ID dan kata laluan.
  5. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  6. Lengkapkan borang permohonan.
  7. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  8. Sekiranya dokumen tidak dapat dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke:
    • Pejabat Daerah
    • Pusat Khidmat KADUN
    • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU)
PERMOHONAN i-SEJAHTERA

Permohonan Secara Manual

Permohonan manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma. Borang ini boleh diperoleh di:

  • Pejabat Daerah
  • Pusat Khidmat ADUN / Parlimen
  • Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR

Borang yang lengkap perlu dikembalikan bersama dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

ISEJAHTERA PULAU PINANG SEMAKAN STATUS

Status permohonan iSejahtera boleh disemak melalui portal rasmi. Cara semakan status:

  1. Layari laman web rasmi iSejahtera dan klik menu Semakan Status.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Paparan status akan menunjukkan sama ada permohonan anda sedang diproses, diluluskan, atau memerlukan maklumat tambahan.
  4. Jika permohonan tidak lulus, pemohon boleh membuat rayuan atau menghantar semula dokumen sokongan yang diperlukan.
iSEJAHTERA PULAU PINANG SEMAKAN STATUS

*Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi pusat khidmat ADUN, pejabat kebajikan masyarakat daerah atau pejabat iSejahtera Negeri.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah permohonan perlu dibuat setiap tahun?

Hanya perlu dibuat sekali, kemas kini setiap tahun adalah digalakkan.

Bolehkah saya mohon lebih dari satu program?

Secara umum hanya satu program dibenarkan, kecuali pengecualian tertentu.

Perlu ke dokumen asal dihantar?

Kadang-kadang salinan yang dimuat naik mencukupi. Jika tidak, salinan perlu dihantar ke pejabat kebajikan.

Bolehkah bantuan diterima jika saya tidak berdaftar pengundi?

Biasanya diperlukan pengundi berdaftar di Pulau Pinang, kecuali bantuan tertentu seperti OKU.

RUJUKAN

Panduan bagi iSejahtera Pulau Pinang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment