JUMLAH STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & AMAUN MENGIKUT KATEGORI

JUMLAH STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & AMAUN MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 menjadi antara perkara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup melalui pemberian tunai secara berperingkat.

Artikel ini menghimpunkan maklumat lengkap berkaitan kelayakan, tarikh bayaran, kaedah pembayaran serta cara semakan jumlah STR Fasa 2 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada yang ditambah baik dari semasa ke semasa. Antara syarat utama yang perlu dipenuhi ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi syarat kelayakan tidak menerima bayaran tunai STR seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di premis terpilih.

BILA TARIKH STR 2026 FASA 2 DIBAYAR?

Bayaran STR 2026 tidak dibuat secara sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat mengikut fasa. Status agihan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: Telah selesai dikreditkan
  • Fasa 2: Menunggu pengumuman rasmi
  • Fasa seterusnya: Akan dimaklumkan kemudian

Penerima disarankan sentiasa memantau pengumuman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH STR 2026 FASA 2 DIBAYAR

JUMLAH STR FASA 2 2026

Sehingga kini, jumlah bayaran STR Fasa 2 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Setiap penerima akan menerima jumlah STR Fasa 2 yang berbeza berdasarkan:

  • Kategori pemohon
  • Tahap pendapatan
  • Bilangan tanggungan
  • Status perkahwinan

Kerajaan telah menetapkan kadar maksimum kelayakan mengikut kategori melalui bajet tahunan. Rujukan awal boleh dibuat berdasarkan jumlah kelayakan Fasa 1:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
JUMLAH STR FASA 2 2026

BAGAIMANA BAYARAN STR FASA 2 DISALURKAN?

Bantuan STR Fasa 2 akan disalurkan melalui kaedah rasmi berikut:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Pemohon boleh membuat semakan melalui saluran rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747. Langkah semakan online jumlah bayaran STR Fasa 2 2026 adalah seperti berikut:

SEMAK JUMLAH STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

SEMAK JUMLAH STR FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal STR, semakan jumlah Fasa 2 STR juga boleh dibuat melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Syarat utama ialah memiliki akaun MyDigital ID yang aktif. Langkah ringkas:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Jumlah STR Fasa 2 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

DAFTAR AKAUN MYSTR

Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan dan semakan. Langkah pendaftaran:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN MYSTR

BAGAIMANA CARA MOHON FASA 2 STR?

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon, permohonan baharu dibuka dari: 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Pemohon perlu memastikan:

  • Maklumat peribadi tepat
  • Pendapatan dikemaskini
  • Maklumat tanggungan lengkap
  • Dokumen sokongan sah
  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih
BAGAIMANA CARA MOHON FASA 2 STR

PERMOHONAN BAHARU STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BAGAIMANA CARA MOHON FASA 2 STR

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BAHARU STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

MAKLUMAT STR 2026 DI KEMASKINI

Bagi mengelakkan masalah kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon digalakkan mengemas kini maklumat secara berkala. Langkah kemas kini:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
MAKLUMAT STR 2026 DI KEMASKINI

BILA TARIKH RAYUAN STR FASA 2 DIBUKA?

Tarikh rasmi rayuan STR bagi Fasa 2 seperti butiran berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
BILA TARIKH RAYUAN STR FASA 2 DIBUKA

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

TEMPOH RAYUAN STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bila STR Fasa 2 2026 akan dibayar?

Tarikh rasmi akan diumumkan oleh kerajaan.

Bolehkah semak tanpa akaun MySTR?

Boleh melalui hotline, tetapi digalakkan daftar akaun.

Bolehkah pasangan menerima bayaran?

Ya, jika akaun pasangan didaftarkan.

Bolehkah rayuan dibuat lebih dari sekali?

Tertakluk kepada ketetapan semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Jumlah STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment