LOGIN MYSTR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT SUMBANGAN TUNAI
Penerima kini boleh login MySTR Fasa 4 2025 untuk menyemak status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dikreditkan pada bulan Oktober ini. Sistem MySTR membolehkan pengguna memeriksa jumlah bayaran, status akaun, dan sejarah transaksi dengan mudah. Langkah ini memastikan semua penerima STR mendapat maklumat yang tepat dan rasmi terus daripada portal kerajaan.
Ikuti kupasan penuh berkaitan login MySTR Fasa 4 yang telah disediakan di bawah ini.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Demi memastikan ketelusan dalam Bantuan STR Fasa 4 2025, kerajaan menetapkan beberapa syarat kelayakan berdasarkan kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, mereka hanya layak disenaraikan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah, bukan pemohon bujang individu.
LOGIN MYSTR FASA 4
Semakan status Bantuan STR Fasa 4 boleh dibuat terus melalui login portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk akaun MySTR dan pilih menu Semakan Status. Sebarang bantuan boleh hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747. Berikut cara daftar akaun MySTR bagi memastikan maklumat telah dikemaskini untuk penerima sedia ada:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BERAPA JUMLAH STR FASA 4 YANG DISALURKAN?
STR Fasa 4 2025 menyalurkan bantuan antara RM150 hingga RM700, bergantung pada kategori penerima. Lihat jadual di bawah untuk butiran penuh:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Bayaran STR Fasa 4 diagihkan sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai di BSN. Rujuk perincian di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BILA TARIKH STR FASA 4 DIKREDITKAN?
Dalam pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, kerajaan memaklumkan bahawa STR Fasa 4 akan disalurkan lebih awal mulai 18 Oktober 2025 sempena Deepavali. Tarikh penuh bagi setiap fasa bantuan disenaraikan dalam jadual berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | 18 OKTOBER |

SOALAN LAZIM (FAQ) LOGIN MYSTR FASA 4
Login Portal MySTR digunakan untuk semakan status kelayakan, jumlah bayaran, dan kemas kini maklumat penerima STR Fasa 4 secara dalam talian.
Tekan butang “Lupa Kata Laluan” pada laman login dan ikut arahan yang dihantar ke e-mel berdaftar.
Tidak boleh. Semua semakan status dan bayaran hanya melalui akaun login MySTR yang sah.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Login MySTR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/