MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN STR
Inisiatif Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kekal diberikan adalah oleh Kerajaan sebagai bantuan kewangan yang khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang sukar dikawal.
BACA JUGA : LOGIN STR FASA 4 2025 : SEMAK JUMLAH & KELAYAKAN PENERIMA
BAYARAN MYSTR 2026
Melalui Pembentangan Belanjawan 2026, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 9 juta rakyat yang kurang berkemampuan bagi membantu meringankan bebanan kewangan.
Selain pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan turut menyertakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua 9 juta penerima pada setiap bulan dengan kadar RM1,200 setahun.

Berikut merupakan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 kepada setiap kategori :
Isi Rumah Pendapatan B40 :
| BIL. ANAK | STR 2026 (RM) | SARA (RM) |
|---|---|---|
| Tiada | 700 | 1,200 |
| 1 hingga 2 | 1,200 | 1,200 |
| 3 hingga 4 | 1,700 | 1,200 |
| 5 dan ke atas | 2,200 | 1,200 |
Isi Rumah Pendapatan M40 :
| BIL. ANAK | STR 2026 (RM) | SARA 2026 (RM) |
|---|---|---|
| Tiada | 200 | 1,200 |
| 1 hingga 2 | 450 | 1,200 |
| 3 hingga 4 | 700 | 1,200 |
| 5 dan ke atas | 950 | 1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan :
| BIL. ANAK | STR 2026 (RM) | SARA 2026 (RM) |
|---|---|---|
| Tiada | 600 | 600 |
Bujang Umur 21 – 59 tahun :
| BIL. ANAK | STR 2026 (RM) | SARA 2026 (RM) |
|---|---|---|
| Tiada | – | 600 |
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR 2026
Akaun pengguna MySTR yang baharu perlu didaftarkan oleh semua pemohon dan penerima sedia ada untuk memudahkan mereka membuat kemaskini permohonan dan semakan status.
Berikut merupakan cara mudah daftar akaun MySTR 2026 :
- Pergi ke Portal MySTR Baru 2026
- Pautan terus ke halaman utama MySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Terus ke bahagian “Log Masuk”
- Klik pada butang [Log Masuk] pada halaman utama MySTR.
- Masukkan maklumat diri
- Isikan ruangan dengan nombor Kad Pengenalan Diri anda dan klik [Semak].
- Notifikasi “Akaun Pengguna Belum Didaftarkan” akan dipaparkan
- Terus klik pada [Daftar Pengguna Baharu].
- Masukkan maklumat diri
- Isikan nombor Kad Pengenalan dan Alamat e-Mel yang digunakan dan klik [Hantar e-Mel Pengesahan].
- E-Mel pengesahan Pendaftaran Akaun mySTR akan dihantar
- Klik pada butang [Sahkan Akaun Saya].
- Halaman PENDAFTARAN STR akan dipaparkan
- Isikan Frasa Keselamatan dan 5 soalan Keselamatan beserta dengan 5 jawapan yang perlu anda ingat. Kemudian, klik butang [Seterusnya].
- Ciptakan Kata Laluan
- Anda perlu cipta kata laluan untuk log masuk ke MySTR dan pastikan ianya status Kuat dan klik [Daftar Akaun].
- Status Pendaftaran Akaun Berjaya
- Apabila pendaftaran akaun telah berjaya, anda boleh terus log masuk akaun tersebut di Portal MySTR 2026.
PANDUAN KEMASKINI PERMOHONAN MYSTR 2026
Bagi pemohon dan penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat atau selama lebih 3 tahun tidak mengemas kini permohonan, mereka perlu kemaskini sekarang.
Berikut merupakan cara untuk kemas kini permohonan STR :
- Log Masuk akaun baru MySTR 2026
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini
- Klik pada butang [Kemas Kini Permohonan].
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang [Simpan].
- Sahkan Kod Captcha
- Isi Kod Captcha yang betul mengikut yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang [Hantar].
- Kemaskini Maklumat Berjaya
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.
PANDUAN SEMAKAN STATUS MYSTR 2026
Status permohonan pemohon dan penerima sedia perlu disemak dari semasa ke semasa untuk mengetahui mereka layak atau tidak layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026.
Semua boleh ikuti cara semak status yang baru seperti berikut :
- Pergi ke Bahagian Log Masuk
- Terus ke portal log masuk MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan maklumat diri
- Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad pengenalan tanpa sengkang dan tanpa jarak.
- Semak nombor Kad Pengenalan
- Klik butang [Semak] untuk frasa keselamatan.
- Frasa Keselamatan akan dipaparkan
- Klik butang [Ya] sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Semak sekali lagi
- Klik pula pada butang [Semak] untuk teruskan.
- Isi Kata Laluan anda
- Masukkan kata laluan yang sah mengikut yang ada telah ciptakan semasa pendaftaran akaun baru.
- Terus Log Masuk
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard Pemohon STR akan dipaparkan
- Sekiranya kata laluan betul dan berjaya log masuk, dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian Semakan
- Untuk menyemak status sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Paparan Status Kelayakan
- Pemohon yang layak akan dipaparkan status ‘Lulus’ manakala pemohon yang tidak layak akan dipaparkan sebab-sebab tidak layak.
SOALAN LAZIM
- Bagaimanakah cara penerimaan bayaran STR dan SARA 2026?
- STR dibayar berperingkat mengikut fasa dan SARA pula dibayar setiap bulan melalui kad Pengenalan.
- Bilakah boleh mula mohon Bantuan STR 2026?
- Permohonan STR 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 secara rasmi.
- Adakah penerima STR 2025 sedia ada perlu memohon kembali STR 2026?
- Pemohon sedia ada perlu membuat kemaskini permohonan bagi tahun 2026 untuk pastikan maklumat masih tepat.
- Berapakah jumlah Bantuan STR untuk golongan bujang?
- Golongan bujang tidak menerima bayaran STR namun hanya menerima bayaran SARA RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
- Adakah Bantuan SARA boleh keluarkan secara tunai dari Kad pengenalan?
- Tidak boleh. SARA hanya untuk beli barangan keperluan asas dengan guna Kad Pengenalan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MySTR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui :
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email :[email protected]