KEMASKINI STR 2026 : PANDUAN KEMASKINI & PERMOHONAN BARU BAGI KELAYAKAN FASA 2

KEMASKINI STR 2026 : PANDUAN KEMASKINI & PERMOHONAN BARU BAGI KELAYAKAN FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terus menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi memastikan bantuan STR 2026 sampai kepada penerima yang benar-benar layak, proses kemaskini maklumat dan permohonan baharu perlu dilakukan dengan teliti.

Melalui panduan ini, pemohon akan memahami cara mengemas kini STR 2026, membuat permohonan baharu bagi Fasa 2, semak status, serta mengetahui kaedah pembayaran yang ditetapkan.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil dan tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Warganegara Malaysia.
    • Berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori bujang.
    • Berumur 21 – 59 tahun (OKU: 19 – 59 tahun).
    • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi syarat kelayakan tidak menerima bayaran STR dalam bentuk tunai seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan akan disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bagi membantu keperluan asas harian.

BILA TARIKH STR 2026 DIKREDITKAN?

Bayaran STR 2026 tidak dikreditkan sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, bayaran telah dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti butiran di bawah:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH STR 2026 DIKREDITKAN

STR 2026 SEMAKAN STATUS

Pemohon yang layak boleh menyemak status STR 2026 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Langkah semakan penuh seperti berikut:

SEMAKAN STATUS STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR 2026 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal STR, semakan status juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat pemohon telah mendaftar akaun MyDigital ID. Kaedah ini memberi alternatif yang lebih fleksibel kepada pengguna. Ikuti langkah ringkas di bawah ini:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan STR 2026 masih belum dibuka atau sedang di kemaskini.
STR 2026 SEMAKAN STATUS

CARA DAFTAR AKAUN MYSTR KALI PERTAMA

Pemohon baharu dan penerima sedia ada amat digalakkan untuk memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan, semakan status serta kemaskini maklumat STR 2026. Pendaftaran akaun boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah yang disediakan melalui portal rasmi seperti berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
CARA DAFTAR AKAUN MYSTR KALI PERTAMA

KEMASKINI STR 2026

Bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan kelayakan atau kelewatan bayaran STR 2026, pemohon disarankan kemaskini maklumat peribadi dari semasa ke semasa melalui portal MySTR. Langkah lengkap kemaskini STR 2026 adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemaskini STR 2026, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat STR 2026 Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI STR 2026

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIAGIHKAN?

Jumlah bantuan yang diterima tidak sama bagi setiap pemohon kerana ia ditentukan berdasarkan kategori, pendapatan dan bilangan tanggungan. Perincian jumlah bantuan diterangkan secara terperinci melalui jadual berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR  2026 DIAGIHKAN

BAGAIMANA CARA STR 2026 DIBAYAR?

Bantuan STR 2026 disalurkan melalui kaedah pembayaran rasmi yang ditetapkan bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan selamat kepada penerima. Berikut adalah perinciannya:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 bagi Fasa 2 dibuka bermula 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Pemohon perlu memastikan semua maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan diisi dengan lengkap dan tepat bagi melancarkan proses semakan kelayakan. Permohonan boleh dibuat secara online atau manual mengikut panduan ringkas seperti di bawah:

PERMOHONAN BAHARU STR

STR 2026 PERMOHONAN SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BAHARU STR 2026

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

RAYUAN STR 2026 BAGI STATUS TIDAK LULUS

Kerajaan turut membuka tempoh rayuan khas kepada pemohon yang permohonannya tidak diluluskan sebelum ini. Pemohon boleh mengemukakan rayuan mengikut tarikh yang diumumkan seperti berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
CARA MOHON RAYUAN STR 2026

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

CARA MOHON RAYUAN

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah kemaskini STR wajib setiap tahun?

Tidak wajib, tetapi sangat digalakkan jika terdapat perubahan maklumat.

Bolehkah pemohon membuat lebih daripada satu permohonan?

Tidak. Setiap individu hanya dibenarkan satu permohonan sahaja.

Adakah permohonan lewat akan diproses?

Permohonan selepas tarikh tutup biasanya akan dipertimbangkan untuk fasa seterusnya.

Perlukah memuat naik dokumen sokongan?

Bergantung kepada kategori dan status pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Kemaskini STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment