CARA BELI NO PIN UPU ONLINE 2026 MELALUI BSN

CARA BELI NO PIN UPU ONLINE 2026 MELALUI BSN

Setiap tahun, lepasan SPM, STPM dan setaraf perlu membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) melalui sistem UPUOnline. Namun sebelum permohonan boleh dibuat, calon perlu mendapatkan No PIN UPU terlebih dahulu. Bagi tahun 2026, pembelian No PIN UPU masih boleh dilakukan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap cara beli No PIN UPU Online 2026 melalui BSN, termasuk harga, kaedah pembelian, serta perkara penting yang perlu diberi perhatian.

BACA JUGA: PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2026/2027

APA ITU NO PIN UPU?

No PIN UPU ialah nombor unik yang diperlukan untuk mengakses sistem permohonan UPUOnline. Tanpa nombor ini, calon tidak boleh:

  • Mendaftar akaun UPUOnline
  • Mengisi borang permohonan
  • Memilih kursus pengajian
  • Menghantar permohonan

Setiap calon hanya memerlukan satu No PIN sahaja bagi satu sesi permohonan. No PIN berfungsi sebagai pengesahan rasmi bahawa calon layak membuat permohonan. Ia juga bertujuan untuk:

  • Mengelakkan penyalahgunaan sistem
  • Menjamin keselamatan data pemohon
  • Memastikan hanya calon sah boleh memohon

Oleh itu, No PIN perlu dijaga dengan baik dan tidak dikongsi kepada orang lain.

BERAPA HARGA NO PIN UPU ONLINE 2026?

Harga rasmi No PIN UPU bagi pemohon lepasan SPM & STPM / Setaraf adalah:

  • RM10.60 (termasuk SST)

Senarai harga No PIN UPU bagi program lain seperti dalam jadual berikut:

ORGANISANI / PROGRAMTUJUANHARGA (RM)
PTPTNPermohonan Pinjaman Pendidikan5.00
Bahagian Matrikulasi KPMProgram Matrikulasi10.00
UiTMAsasi, Diploma & Ijazah Terpilih10.00 – 17.00
UPSIDiploma, Ijazah & Pascasiswazah26.00 – 51.00
USMPesisir & Saluran Alternatif60.00
MPMSTPM, MUET & Semakan Semula51.00 – 571.00

Harga ini tertakluk kepada perubahan sekiranya diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau UPU.

SYARAT UNTUK BELI NO PIN UPU ONLINE

Sebelum membuat pembelian, calon perlu memastikan:

  • Mempunyai kad pengenalan yang sah
  • Termasuk dalam kategori lepasan yang layak memohon (SPM, STPM, Diploma dan setaraf)
  • Belum membeli No PIN bagi sesi yang sama

Perhatian: Maklumat peribadi perlu diisi dengan tepat semasa pembelian.

BILA TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU ONLINE DIBUKA?

Pembelian No PIN UPU melalui BSN bagi lepasan SPM & STPM / Setaraf dibuka seperti berikut:

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU 2026
TARIKH MULA : 28 JANUARI 2026
TARIKH TAMAT: 15 MEI 2026

Pemohon dinasihatkan membeli No PIN lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah semasa tempoh permohonan UPU Online.

BILA TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU ONLINE DIBUKA

CARA BELI NO PIN UPU ONLINE

Pembelian No PIN UPU boleh dilakukan melalui 3 cara . Berikut adalah perincian cara beli No PIN UPU online:

Cara Beli No PIN UPU Online Melalui Portal MyBSN (Internet Banking)

  1. Layari laman web rasmi MyBSN
  2. Log masuk akaun
  3. Pilih menu pembelian PIN UPU
  4. Masukkan maklumat peribadi
  5. Sahkan maklumat
  6. Buat bayaran
  7. Simpan No PIN

No PIN UPU Online Cara Beli Melalui Aplikasi myBSN Mobile

  1. Buka aplikasi myBSN
  2. Log masuk akaun
  3. Pilih perkhidmatan PIN UPU
  4. Isi maklumat pemohon
  5. Teruskan pembayaran
  6. Simpan maklumat PIN

Cara Beli No PIN UPU Di Kaunter BSN

  1. Hadir ke cawangan BSN
  2. Maklumkan tujuan pembelian
  3. Serahkan MyKad
  4. Buat bayaran
  5. Terima slip PIN

*Tempoh Sah Laku No PIN UPU hanya untuk: Satu sesi permohonan sahaja.

CARA BELI NO PIN UPU ONLINE

PERKARA PENTING SELEPAS BELI NO PIN

Selepas mendapat No PIN, calon digalakkan untuk:

  • Daftar akaun UPUOnline segera
  • Simpan salinan No PIN dalam telefon atau buku nota
  • Elakkan berkongsi dengan pihak lain
  • Lengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup

Antara kesilapan yang sering berlaku semasa beli No PIN UPU Online adalah:

  • Salah memasukkan nombor IC
  • Menggunakan maklumat tidak sepadan
  • Terlupa menyimpan No PIN
  • Membeli dua kali tanpa perlu

Kesilapan ini boleh melambatkan proses permohonan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah No PIN UPU wajib dibeli setiap tahun?

Ya, setiap sesi permohonan memerlukan No PIN baharu.

Bagaimana jika terlupa atau hilang No PIN?

Calon perlu hubungi pihak BSN atau UPU untuk bantuan lanjut.

Adakah pembelian No PIN boleh dibuat menggunakan akaun orang lain?

Boleh, tetapi maklumat pemohon mesti menggunakan data calon sebenar.

Adakah No PIN boleh dipindah milik kepada orang lain?

Tidak boleh. Setiap No PIN adalah khusus untuk seorang pemohon.

Bolehkah pembelian dibuat menggunakan telefon bimbit?

Ya, portal BSN boleh diakses melalui telefon pintar.

Adakah resit pembelian perlu disimpan?

Digalakkan simpan sebagai bukti sekiranya berlaku masalah.

Adakah No PIN menjamin kemasukan ke IPTA?

Tidak. Ia hanya memberi akses kepada sistem permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Cara Beli No PIN UPU Online ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai kemasukan ke IPTA. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment