SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026 : SEMAK JUMLAH DUIT YANG LAYAK & SENARAI KEDAI YANG BERDAFTAR

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026 : SEMAK JUMLAH DUIT YANG LAYAK & SENARAI KEDAI YANG BERDAFTAR

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 diteruskan sebagai inisiatif bantuan bersasar bagi membantu golongan layak menangani kos sara hidup harian. Melalui bantuan yang dikreditkan ke MyKad, penerima yang layak boleh guna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih yang berdaftar. Oleh itu, semakan status kelayakan, jumlah bantuan serta senarai kedai yang menerima SARA MyKasih adalah penting bagi memastikan bantuan dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk info penuh, sila rujuk bahagian di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2026?

Antara syarat-syarat kelayakan SARA MyKasih 2026 adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2026 DIKREDITKAN?

🗓️ Tarikh pelaksanaan bayaran adalah seperti perincian berikut:

  • 9 Januari 2026
    • ➡️ 5 juta isi rumah, termasuk warga emas
  • 16 Januari 2026
    • ➡️ 3.1 juta individu bujang
  • 9 Februari 2026
    • ➡️ SARA One-Off

Semakan kelayakan status SARA MyKasih 2026 boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan bagi setiap kategori penerima.

BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2026 DIKREDITKAN

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026

Penerima yang layak boleh buat semakan status SARA MyKasih 2026 secara atas talian melalui Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau laman rasmi SARA (https://sara.gov.my). Sebarang pertanyaan boleh hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Rujuk langkah semakan di bawah:

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran SARA 2026
    • Semak baki bantuan
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2026

SARA MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Semakan status Bantuan SARA MyKasih 2026 melalui MyGOV Malaysia hanya boleh dilakukan selepas pengguna mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah. Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan SARA MyKasih Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

Nota Penting:

  • MyDigital ID hanya perlu daftar sekali sahaja.
  • MyGOV hanya paparkan maklumat rasmi, bukan simpan data.
  • Status bantuan bergantung kepada pengumuman kerajaan.
  • Gunakan MyKad & akaun sendiri sahaja untuk semakan.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026 DIAGIHKAN?

Melalui SARA MyKasih bulanan, penerima layak menerima kredit sehingga RM200 mengikut kategori kelayakan. Berikut adalah butiran jumlah penuh bantuan yang disalurkan kepada penerima berdasarkan kategori masing-masing:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026 DIAGIHKAN

PENGHARGAAN SARA

  • Bantuan RM100 one-off akan diberikan kepada rakyat Malaysia 18 tahun ke atas melalui inisiatif SARA, yang mula diagihkan 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026 DIAGIHKAN

SENARAI KEDAI SARA MYKASIH 2026 YANG BERDAFTAR

Ada lebih 10,000 kedai & pasar raya terpilih di seluruh negara untuk membuat pembelian barangan asas SARA MyKasih. Jumlah kedai berdaftar ini dijangka semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara contoh lokasi kedai & pasar raya berdaftar adalah:

Jenis KedaiContoh / Nama Kedai
🛒 Pasar Raya BesarMydin, Giant, AEON Big, Lotus’s
🏪 Kedai Runcit / Mini Market99 Speedmart, TF Value‑Mart, KK Super Mart
🏬 Lain-lain / TempatanKedai tempatan berdaftar ikut negeri / kawasan penerima

Cara semak kedai berdekatan:
👉 https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA MYKASIH

Untuk membeli barangan SARA MyKasih dengan MyKad, penerima hanya perlu memilih barangan yang diluluskan, tunjuk MyKad di kaunter untuk pengesahan, kemudian teruskan pembayaran. Berikut adalah langkah lengkapnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA MYKASIH

CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN

Terdapat beberapa cara semak baki kredit SARA MyKasih melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah butirannya:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah penerima perlu membuat permohonan baharu untuk SARA MyKasih 2026?

Secara umum, penerima ditentukan berdasarkan data sedia ada, namun tertakluk kepada keputusan rasmi kerajaan.

Apa yang perlu dibuat jika transaksi MyKasih gagal semasa pembelian?

Penerima disarankan menyemak baki kredit atau mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan kedai.

Adakah baki bantuan SARA MyKasih boleh dibawa ke bulan seterusnya?

Baki tertakluk kepada terma penggunaan yang ditetapkan dan perlu digunakan dalam tempoh sah.

Apakah jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA MyKasih?

Pembelian tertakluk kepada barangan keperluan asas yang diluluskan seperti makanan dan keperluan harian.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan Status SARA MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment