CHECK SAMAN ONLINE GUNA IC : CARA MUDAH CHECK SAMAN PDRM & JPJ TERKINI

CHECK SAMAN ONLINE GUNA IC : CARA MUDAH CHECK SAMAN PDRM & JPJ TERKINI

PENGENALAN

Semakan saman pada masa kini sudah boleh disemak lebih mudah hanya menggunakan IC. Oleh itu, rakyat tidak perlu lagi hadirkan diri ke kaunter PDRM @ JPJ sekaligus dapat membantu menjimatkan masa & menjadikan urusan menyemak saman lebih pantas & efisien.

Artikel kali ini akan membantu para pembaca untuk mengetahui cara mudah check saman PDRM & JPJ hanya dengan mengakses secara online.

BACA JUGA: SEMAK KADAR TOL PLUS TERKINI 2025

CARA MUDAH CHECK SAMAN ONLINE GUNA IC

Terdapat beberapa cara yang telah disediakan oleh pihak PDRM & JPJ untuk memudahkan urusan check saman menggunakan IC sahaja. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Portal MyBayar Saman PDRM
    • Layari: mybayar.rmp.gov.my
    • Daftar akaun dan log masuk (jika sudah berdaftar).
    • Masukkan nombor IC.
    • Saman akan dipaparkan jika ada.
  2. JPJ Portal (mySIKAP)
    • Layari: public.jpj.gov.my
    • Pilih menu “Semakan Saman”.
    • Masukkan nombor IC.
    • Semakan boleh dibuat secara terus.
  3. Aplikasi dan e-wallet
    • Semakan & bayaran boleh dibuat secara online menggunakan MyEG, MAE (Maybank), Touch ‘n Go eWallet

KADAR SAMAN TERKINI PDRM & JPJ

Kadar saman yang dikenakan tertakluk kepada jenis kesalahan & boleh berubah mengikut pertimbangan budi bicara pihak berkuasa. Secara ringkasnya, berikut adalah ringkasan kadar saman terkini PDRM & JPJ:

  • Bayaran dalam 15 hari pertama: RM150
  • Bayaran antara 16–30 hari: RM200
  • Bayaran selepas 30 hari: RM300

KESIMPULAN

Banyak kemudahan sudah tersedia di hujung jari sekarang. Seharusnya tiada lagi alasan untuk tidak menyemak status saman secara berkala. Semoga artikel ini dapat membantu para pengguna jalan raya lebih peka dengan rekod lalu lintas. Hal ini juga dapat mengelakkan dari dikenakan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

PENAFIAN

Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang perubahan atau ketidaktepatan maklumat di dalam artikel ini. Info yang dikongsi hanya bertujuan sebagai rujukan sahaja. Segala maklumat tentang kadar saman, langkah semakan, dan prosedur rasmi adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa. Pembaca boleh merujuk laman web rasmi atau menghubungi pihak berkuasa seperti PDRM atau JPJ untuk info yang lebih tepat dan terkini.

Leave a Comment