SEMAK KADAR TOL PLUS : SEMAKAN HARGA TERKINI 2026
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya terpanjang di Malaysia yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung. Rakyat Malaysia yang sering menggunakan lebuh raya semestinya perlu mengetahui kadar tol semasa terutamanya bagi yang menggunakan tol PLUS.
Artikel kali ini akan memberi lebih info supaya pengguna dapat semak kadar tol PLUS. Semakan harga terkini dapat membantu pengguna lebuh raya agar dapat menjimatkan masa dan wang.
BACA JUGA: TARIKH BAYARAN BUDI MADANI
SEMAK KADAR TOL PLUS
Terdapat beberapa cara untuk semak kadar tol PLUS. Untuk semakan, pengguna boleh merujuk langkah-langkah berikut:
- Portal Rasmi PLUS
- Layari https://www.plus.com.my.
- Klik pada menu “Toll Fare Calculator”.
- Pilih plaza tol masuk & keluar.
- Pilih kelas kenderaan.
- Kadar tol akan dipaparkan.
- Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
- Layari https://www.llm.gov.my.
- Klik pada menu “Kalkulator Tol”.
- Pilih Lebuhraya PLUS.
- Pilih plaza tol masuk & keluar.
- Klik butang “Hantar” untuk melihat kadar tol.
- Aplikasi PLUS
- Muat turun aplikasi PLUS di Google Play Store/Apple App Store.
- Buka aplikasi & pilih “Toll Fare”.
- Masukkan plaza tol masuk & keluar (sertakan kelas kenderaan).
- Kadar tol akan dipaparkan.
- Aplikasi Navigasi (Waze/Google Maps)
- Gunakan aplikasi Waze/Google Maps untuk merancang perjalanan.
- Waze akan menganggarkan kadar tol untuk laluan yang dipilih.
- Google Maps hanya menunjukkan laluan yang melibatkan tol, tetapi tidak memaparkan kadar tol.
KADAR TOL TERKINI PLUS 2026
Senarai di bawah adalah kadar tol PLUS semasa di beberapa laluan utama bagi kenderaan Kelas 1 (kereta persendirian):
| LALUAN | KADAR TOL |
|---|---|
| Kuala Lumpur – Johor Bahru | RM45.60 |
| Kuala Lumpur – Ipoh | RM20.60 |
| Kuala Lumpur – Pulau Pinang (Juru) | RM45.60 |
| Kuala Lumpur – Melaka | RM13.70 |
| Sungai Besi – Skudai | RM33.21 |
| Sungai Besi – Ayer Keroh | RM12.87 |
| Jalan Duta – Ipoh | RM21.73 |
| Damansara – Juru | RM35.26 |
Pengumuman Diskaun Tol Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kerajaan memberikan diskaun tol 50% kepada semua kenderaan persendirian Kelas 1 bagi membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna lebuh raya.

Tarikh dan masa pelaksanaan:
🗓 Bermula 18 Mac 2026, jam 12.01 pagi
🗓 Berakhir 19 Mac 2026, jam 11.59 malam

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK KADAR TOL PLUS
Kebanyakan lebuh raya sudah tidak menerima tunai. Bayaran dibuat melalui Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID.
Touch ‘n Go guna kad, SmartTAG guna peranti khas, manakala RFID guna pelekat pada kenderaan untuk bayaran automatik.
Diskaun biasanya diberikan sempena musim perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina.
Sebab jarak, jenis lebuh raya dan struktur caj berbeza mengikut konsesi lebuh raya.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Kadar Tol PLUS ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi PLUS Malaysia Berhad: https://www.plus.com.my/
- PLUSline: 1-800-88-0000