CHECK KADAR TOL LEBUHRAYA PLUS : SEMAKAN HARGA TOL TERKINI 2025

CHECK KADAR TOL LEBUHRAYA PLUS : SEMAKAN HARGA TOL TERKINI 2025

Lebuhraya PLUS adalah laluan utama yang menghubungkan utara & selatan Semenanjung negara kita. Para pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk menyemak kadar tol sebelum memulakan perjalanan agar dapat menjimatkan bajet harian.

Artikel kali ini akan memberi panduan kepada pembaca tentang cara membuat semakan harga tol PLUS terkini secara atas talian.

BACA JUGA: PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

CARA CHECK KADAR TOL LEBUHRAYA PLUS

Terdapat beberapa cara yang dapat membantu pengguna lebuhraya untuk membuat semakan kadar tol secara atas talian. Maklumat sebegini pastinya berguna dalam merancang bajet perjalanan lebih awal.

  1. Portal Rasmi PLUS
    • Layari https://www.plus.com.my.
    • Klik pada menu “Toll Fare Calculator”.
    • Pilih plaza tol masuk & keluar.
    • Pilih kelas kenderaan.
    • Kadar tol akan dipaparkan.
  2. Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
    • Layari https://www.llm.gov.my.
    • Klik pada menu “Kalkulator Tol”.
    • Pilih Lebuhraya PLUS.
    • Pilih plaza tol masuk & keluar.
    • Klik butang “Hantar” untuk melihat kadar tol.
  3. Aplikasi PLUS
    • Muat turun aplikasi PLUS di Google Play Store/Apple App Store.
    • Buka aplikasi & pilih “Toll Fare”.
    • Masukkan plaza tol masuk & keluar (sertakan kelas kenderaan).
    • Kadar tol akan dipaparkan.
  4. Aplikasi Navigasi (Waze/Google Maps)
    • Gunakan aplikasi Waze/Google Maps untuk merancang perjalanan.
    • Waze akan menganggarkan kadar tol untuk laluan yang dipilih.
    • Google Maps hanya menunjukkan laluan yang melibatkan tol, tetapi tidak memaparkan kadar tol .

KADAR TOL TERKINI PLUS 2025

Senarai di bawah adalah kadar tol PLUS semasa di beberapa laluan utama bagi kenderaan Kelas 1 (kereta persendirian):

LALUANKADAR TOL
Kuala Lumpur – Johor BahruRM45.60
Kuala Lumpur – IpohRM20.60
Kuala Lumpur – Pulau Pinang (Juru)RM45.60
Kuala Lumpur – MelakaRM13.70
Sungai Besi – SkudaiRM33.21
Sungai Besi – Ayer KerohRM12.87
Jalan Duta – IpohRM21.73
Damansara – JuruRM35.26

KESIMPULAN

Pengguna lebuhraya dapat merancang perjalanan dengan lebih baik sekiranya membuat semakan awal kadar tol terkini. Semoga artikel ini dapat membantu para pembaca menjimatkan masa & kos perjalanan. Selain itu, diharapkan ia dapat memberi pengalaman baru tentang kemudahan mengakses kadar tol semasa secara atas talian.

PENAFIAN

Maklumat dalam artikel ini hanya sebagai rujukan umum sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kesilapan akibat penggunaan info ini. Kadar tol yang dinyatakan hanya anggaran dan tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa. Untuk maklumat lebih tepat dan terkini, sila rujuk laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau PLUS.

Leave a Comment