BAYAR SAMAN PDRM ONLINE : LANGKAH MUDAH PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN
PENGENALAN
Pengguna jalan raya yang dikenakan tindakan saman oleh PDRM kini boleh membuat pembayaran secara online. Pembayaran saman boleh dibuat secara atas talian dengan cepat & mudah tanpa perlu beratur di kaunter.
Dalam artikel ini, kami akan sediakan info lengkap tentang langkah mudah membuat pembayaran saman PDRM menggunakan platform di hujung jari sahaja.
BACA JUGA: CARA SEMAK SAMAN PDRM & JPJ
CARA BAYAR SAMAN PDRM ONLINE
Terdapat langkah mudah bagi pengguna yang mahu membuat pembayaran saman PDRM secara online. Berikut disertakan maklumat untuk membuat pembayaran menggunakan laman sesawang yang disediakan oleh PDRM:
- Daftar Akaun MyBayar Saman
- Layari portal rasmi: https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang “Daftar” dan isi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor IC, alamat emel, & nombor telefon.
- Sahkan pendaftaran melalui kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit.
- Cipta kata laluan untuk akaun anda.
- Log Masuk dan Semak Saman
- Log masuk menggunakan nombor IC & kata laluan yang telah didaftarkan.
- Semak senarai saman yang belum dijelaskan.
- Buat Pembayaran
- Pilih saman yang ingin dibayar.
- Pilih kaedah pembayaran seperti Perbankan Internet (FPX) atau Kad Kredit/Debit (Visa/MasterCard)
- Sahkan pembayaran & simpan resit sebagai bukti rujukan.
MUAT TURUN APLIKASI MyBayar SAMAN
Untuk lebih mudah diakses, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi MyBayarSaman menggunakan laman sesawang berikut:
- Google Play Store (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.rmp.mybayarsaman)
- Apple App Store (https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016)
- Huawei AppGallery (https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205)
KESIMPULAN
Urusan pembayaran saman PDRM secara online kini boleh dilakukan dengan lebih mudah. Artikel ini diharapkan dapat membantu pembaca untuk membuat bayaran saman secara atas talian dengan lebih cepat & jimatkan masa. Dengan menggunakan aplikasi rasmi PDRM, segala maklumat peribadi dan transaksi kewangan pastinya lebih selamat. Pihak PDRM juga sering menawarkan diskaun sehingga 50% bagi pembayaran saman melalui platform online semasa promosi tertentu dilaksanakan.
PENAFIAN
Segala maklumat di dalam artikel ini hanya sebagai rujukan sahaja. Para pembaca perlu merujuk laman rasmi PDRM untuk info lebih tepat dan terkini. Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang perubahan maklumat, kesilapan atau kerugian akibat penggunaan maklumat ini.
Kenapa sy tak dapat semak saman dan app untuk bayar sama. Dan semak saman…