CARA SEMAK BAKI MYKASIH : SEMAKAN STATUS TERKINI BANTUAN SARA
Program SARA MyKasih 2026 menyediakan bantuan RM100 bulanan serta tambahan one-off untuk rakyat yang layak. Semua bayaran dikreditkan terus dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas. Semakan baki boleh dibuat secara online bagi memastikan penerima mengetahui jumlah terkini yang boleh dibelanjakan. Orang ramai dinasihatkan untuk tahu cara semak baki MyKasih secara berkala bagi mengelakkan masalah ketika membuat pembayaran.
Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Buat masa ini, syarat kelayakan Bantuan MyKasih 2026 belum dimaklumkan, namun rujukan biasanya dibuat berdasarkan kelayakan yang diguna pakai pada tahun terdahulu. Sila semak syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
JUMLAH BANTUAN
Agihan Bantuan MyKasih 2026 dibuat mengikut kategori penerima tertentu, di mana jumlah bantuan adalah berbeza bergantung kepada status isi rumah dan dimasukkan ke dalam MyKad. Butirannya seperti dalam jadual di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Dalam pelaksanaan SARA 2026, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan sekali bayar RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari, dengan peruntukan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion.

CARA SEMAK BAKI MYKASIH
Penerima boleh semak baki Bantuan MyKasih yang dimasukkan ke dalam MyKad melalui beberapa cara mudah seperti berikut.
- Cara semak baki melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA bulanan akan dipaparkan

- Cara semak baki MyKasih melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Cara semak baki MyKasih di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
TARIKH BAYARAN MYKASIH 2026
Kerajaan masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi berkaitan tarikh pembayaran Bantuan MyKasih 2026. Penerima disarankan sentiasa menyemak maklumat semasa bagi mendapatkan pengesahan jadual bayaran.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH
Status Bantuan MyKasih 2026 boleh disemak menerusi Portal STR bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal SARA sara.gov.my, manakala sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian bantuan rasmi STR 1-800-88-2747. Langkah penuh semakan adalah seperti berikut:
SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PERMOHONAN MYKASIH
MyKasih 2026 tidak memerlukan permohonan baharu kerana kelayakan dinilai berdasarkan data STR yang telah direkodkan, namun penerima digalakkan mengemas kini maklumat apabila perlu.
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*MOF dan KPDN akan membuat semakan data penerima STR 2025 dan STR 2026 secara automatik, dan penerima yang layak akan didaftarkan sebagai penerima SARA MyKasih tanpa permohonan tambahan.
CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD
Penerima hanya dibenarkan membuat pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad di pasar raya rakan MyKasih yang berdaftar. Langkah-langkahnya seperti di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Jika ikut corak tahun sebelumnya, pembayaran pertama dijangka sekitar Februari atau Mac 2026.
Ya, penerima baharu eKasih yang disahkan layak juga akan dimasukkan secara automatik.
Tidak, sebab SARA bergantung pada kelayakan STR. Pemohon perlu layak STR dahulu.
Ya, bujang layak menerima RM100 jika memenuhi kriteria STR.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Semak Baki MyKasih ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/