BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : (2026) SEMAK ONLINE PENERIMA

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : (2026) SEMAK ONLINE PENERIMA

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan khusus untuk meneruskan pelaksanaan program ini demi memastikan tiada golongan terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi negara.

Bagaimanakah cara nak buat semakan Bantuan Asas Rahmah? Ikuti kupasan info lengkap di dalam artikel ini.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Syarat kelayakan Bantuan Asas Rahmah 2026 masih belum diumumkan secara rasmi, namun kebiasaannya ia akan dikemas kini berdasarkan syarat tahun sebelumnya. Semakan lanjut bagi syarat Bantuan Asas Rahmah adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah Bantuan Asas Rahmah 2026 diagihkan berdasarkan kategori penerima yang telah ditetapkan, dengan kadar bantuan berbeza mengikut status isi rumah dan dikreditkan terus ke MyKad penerima. Berikut butirannya:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
JUMLAH BANTUAN

PENGHARGAAN SARA RM100

  • Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan SARA 2026, kerajaan turut memperkenalkan bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta rakyat.
JUMLAH BANTUAN

TARIKH BAYARAN BANTUAN 2026

Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran Bantuan Asas Rahmah 2026 masih belum diumumkan oleh kerajaan. Oleh itu, penerima digalakkan untuk membuat semakan maklumat terkini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

  • Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
  • Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
  • Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN 2026

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN

Penerima boleh membuat semakan status melalui Portal STR (bantuantunai.hasil.gov.my) atau Portal SARA (sara.gov.my). Untuk bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian STR 1-800-88-2747. Panduan semakan penuh adalah seperti berikut:

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN

BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
BANTUAN ASAS RAHMAH SEMAKAN

PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Tiada permohonan baharu diperlukan kerana penilaian kelayakan dibuat berdasarkan data STR sedia ada. Namun, penerima disarankan memastikan maklumat sentiasa dikemas kini.

  • Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
  • Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
  • Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.

Permohonan STR Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

*Bagi penerima STR 2025 dan STR 2026, data akan disemak secara automatik oleh MOF dan KPDN, dan pendaftaran sebagai penerima SARA MyKasih akan dilakukan secara automatik sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN BANTUAN

Pembelian barangan keperluan Bantuan Asas Rahmah di bawah SARA MyKasih 2026 hanya boleh dibuat menggunakan MyKad di pasar raya terpilih yang berdaftar dan melibatkan barangan yang diluluskan sahaja. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN BANTUAN

SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD

Terdapat beberapa cara mudah untuk membuat semakan baki Bantuan Asas Rahmah yang telah dikreditkan ke dalam MyKad, seperti yang diperincikan di bawah:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD
  • Semakan melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah perlu mohon semula untuk SARA 2026?

Tidak perlu. Pemohon STR yang layak akan dipertimbangkan secara automatik.

Apa beza STR dan SARA?

STR ialah bantuan tunai utama, manakala SARA ialah tambahan berbentuk sokongan asas untuk penerima STR yang layak.

Adakah pelajar IPT layak untuk SARA 2026?

Layak jika memenuhi syarat kategori bujang dan tersenarai dalam data STR.

Bagaimana nak tahu jumlah yang kita terima?

Jumlah akan dipaparkan dalam akaun semakan STR atau notifikasi rasmi semasa pengumuman pembayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Asas Rahmah Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment