BANTUAN RAKYAT SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN 2026

BANTUAN RAKYAT SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN 2026

Bantuan Rakyat setiap bulan melalui program SARA MyKasih diteruskan pada tahun 2026 bagi membantu isi rumah B40 dan miskin tegar. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan bulanan bergantung kepada kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang. Bantuan ini terus dikreditkan ke dalam MyKad penerima untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semak status Bantuan Rakyat ini? Ikuti maklumat lanjut yang disediakan di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAKYAT

Sehingga kini, maklumat rasmi berkaitan syarat kelayakan Bantuan Rakyat 2026 masih belum dimaklumkan, namun ia lazimnya dikemas kini daripada ketetapan tahun sebelumnya. Antara syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

JUMLAH BANTUAN RAKYAT

Bantuan Rakyat 2026 diberikan mengikut kategori penerima tertentu, dengan jumlah bayaran yang berbeza berdasarkan status isi rumah dan dimasukkan terus ke dalam MyKad. Berikut perinciannya:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
JUMLAH BANTUAN RAKYAT

PENGHARGAAN SARA RM100

  • Sebagai inisiatif tambahan SARA 2026, bantuan RM100 secara one-off akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.
JUMLAH BANTUAN RAKYAT

TARIKH BAYARAN BANTUAN 2026

Buat masa ini, jadual pembayaran Bantuan Rakyat 2026 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Penerima digalakkan untuk sentiasa peka terhadap pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.

  • Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
  • Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
  • Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN 2026

PERMOHONAN BANTUAN

Bagi Bantuan Rakyat atau SARA MyKasih 2026, permohonan baharu tidak diperlukan kerana kelayakan ditentukan berdasarkan data STR, namun penerima disaran memastikan maklumat adalah tepat dan terkini.

  • Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
  • Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
  • Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.

Permohonan STR Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

*Sekiranya memenuhi syarat, penerima STR 2025 dan STR 2026 akan didaftarkan secara automatik sebagai penerima SARA MyKasih selepas semakan data oleh MOF dan KPDN.

SEMAKAN STATUS

Untuk mengetahui status Bantuan Rakyat, layari Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA di sara.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui hotline 1-800-88-2747. Berikut panduan semakan:

SEMAKAN BANTUAN RAKYAT MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN PORTAL MYSTR

SEMAKAN BANTUAN RAKYAT MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL MYKASIH

CARA GUNA BANTUAN RAKYAT DALAM MYKAD

Barangan keperluan asas Bantuan Rakyat di bawah SARA MyKasih 2026 hanya boleh dibeli menggunakan MyKad di pasar raya rakan MyKasih yang diluluskan. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN RAKYAT DALAM MYKAD

PENGESAHAN LOG MASUK OTP EMEL

Pengguna aplikasi MyKasih perlu maklum bahawa OTP SMS tidak lagi digunakan bermula 1 Januari 2026. Pengesahan kini dibuat melalui OTP emel bagi melindungi akaun penerima dan menjamin kelancaran akses bantuan SARA.

PENGESAHAN LOG MASUK OTP EMEL
  1. Update aplikasi MyKasih di Google Play Store terlebih dahulu.
  2. Log masuk ke aplikasi seperti biasa.
  3. Satu pop-up “Set Up Now” akan muncul di skrin.
  4. Klik “Set Up Now”.
  5. Masukkan alamat emel yang aktif.
  6. Tekan “Next”.
  7. Semak emel anda dan klik pautan “Verify Email Address” untuk pengesahan.
  8. Siap! Akaun anda sudah dikemas kini.
PENGESAHAN LOG MASUK OTP EMEL

Nota penting:

  • Perubahan ini KHUSUS untuk penerima SARA MyKasih bulanan sahaja.
  • WAJIB kemas kini sebelum 31 Disember 2025.
  • Jika tidak, anda tidak boleh akses aplikasi MyKasih selepas tarikh tersebut.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Perlukah penerima mengemas kini maklumat peribadi?

Ya, kemas kini maklumat adalah penting bagi memastikan kelayakan dan kelancaran penerimaan bantuan.

Adakah penerima OKU layak menerima SARA MyKasih?

Golongan OKU yang memenuhi syarat kelayakan bantuan berpeluang menerima SARA MyKasih.

Apakah yang perlu dilakukan jika nama tidak tersenarai sebagai penerima?

Pemohon boleh membuat semakan atau rayuan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Bagaimana pihak kerajaan memantau penggunaan SARA MyKasih?

Penggunaan dipantau melalui sistem transaksi bagi memastikan ia digunakan mengikut tujuan asal.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Rakyat ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment