SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : (2026) SEMAK ONLINE PENERIMA

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN : (2026) SEMAK ONLINE PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan salah satu inisiatif di bawah program bantuan kerajaan yang bertujuan membantu golongan B40 dan M40 menghadapi tekanan kos sara hidup harian. Bantuan ini disalurkan melalui platform MyKasih, di mana penerima akan menerima jumlah bantuan bulanan tertentu secara tanpa tunai ke dalam MyKad mengikut kategori kelayakan.

Bagaimanakah cara membuat semakan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Walaupun syarat kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2026 belum diumumkan, kebiasaannya ia merupakan penambahbaikan daripada syarat sedia ada sebelum ini. Berikut merupakan semakan syarat berkaitan Sumbangan Asas Rahmah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2026 ditentukan berdasarkan kategori penerima yang telah ditetapkan, dengan jumlah berbeza mengikut status isi rumah dan dikreditkan ke MyKad penerima. Butirannya seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

PENGHARGAAN SARA RM100

  • Kerajaan turut memperkenalkan bantuan one-off RM100 di bawah pelaksanaan SARA 2026, yang dijangka diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari.
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Sehingga makluman ini dikeluarkan, tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2026 belum disahkan secara rasmi. Justeru, penerima dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa melalui saluran yang sah.

  • Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
  • Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
  • Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.
TARIKH BAYARAN SARA 2026

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN

Semakan kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kini boleh dilakukan secara online melalui Portal STR (bantuantunai.hasil.gov.my) dan Laman Rasmi SARA (sara.gov.my). Untuk bantuan lanjut, hubungi STR di 1-800-88-2747. Berikut langkah semakan Sumbangan Asas Rahmah:

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN PORTAL MYSTR

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL MYKASIH

PERMOHONAN BANTUAN SARA

Oleh kerana penilaian kelayakan dibuat berdasarkan rekod STR sedia ada, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu bagi Sumbangan Asas Rahmah 2026.

  • Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
  • Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
  • Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.

Permohonan STR Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

*Penerima STR 2025 dan STR 2026 akan melalui proses semakan automatik oleh pihak MOF dan KPDN, di mana pendaftaran SARA MyKasih dibuat secara terus jika layak.

LANGKAH PEMBELIAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Semua transaksi pembelian Sumbangan Asas Rahmah MyKasih 2026 hendaklah dibuat menggunakan MyKad di premis terpilih yang berdaftar. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

PENGESAHAN OTP EMEL

Mulai 1 Januari 2026, sistem MyKasih beralih daripada penggunaan OTP SMS kepada OTP emel. Langkah ini dilaksanakan demi keselamatan akaun pengguna serta mengelakkan gangguan terhadap penerimaan SARA.

PENGESAHAN OTP EMEL
  1. Update aplikasi MyKasih di Google Play Store terlebih dahulu.
  2. Log masuk ke aplikasi seperti biasa.
  3. Satu pop-up “Set Up Now” akan muncul di skrin.
  4. Klik “Set Up Now”.
  5. Masukkan alamat emel yang aktif.
  6. Tekan “Next”.
  7. Semak emel anda dan klik pautan “Verify Email Address” untuk pengesahan.
  8. Siap! Akaun anda sudah dikemas kini.
PENGESAHAN OTP EMEL

Nota penting:

  • Perubahan ini KHUSUS untuk penerima SARA MyKasih bulanan sahaja.
  • WAJIB kemas kini sebelum 31 Disember 2025.
  • Jika tidak, anda tidak boleh akses aplikasi MyKasih selepas tarikh tersebut.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah wakil keluarga menggunakan SARA MyKasih bagi pihak penerima?

Penggunaan adalah tertakluk kepada peraturan MyKasih dan lazimnya memerlukan pengesahan penerima sebenar.

Adakah SARA MyKasih diberikan setiap bulan?

Kekerapan agihan bergantung kepada ketetapan bantuan bagi tahun semasa.

Bagaimana jika transaksi SARA MyKasih gagal di kedai?

Penerima boleh merujuk kepada pihak kedai atau menghubungi saluran sokongan MyKasih.

Adakah SARA MyKasih 2026 melibatkan aplikasi mudah alih?

Sesetengah maklumat boleh diakses melalui platform digital, namun penggunaan utama adalah melalui sistem di kedai.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Sumbangan Asas Rahmah Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment