SEMAK BAKI SARA MYKASIH : SEMAKAN ONLINE STATUS BAYARAN

SEMAK BAKI SARA MYKASIH : SEMAKAN ONLINE STATUS BAYARAN

Kerajaan Malaysia telah menyediakan manfaat kepada lebih 5.4 juta rakyat Malaysia melalui Sumbangan Asas Rahmah SARA Mykasih. Bantuan ini diberikan bagi memenuhi keperluan barangan asas untuk isi rumah, warga emas dan bujang. Untuk penerima yang layak, beberapa laman rasmi boleh digunakan untuk semakan terkini status kelayakan, bantuan sudah masuk atau tidak atau semak baki SARA MyKasih bagi tahun 2026.

Info penuh telah disediakan di bawah ini.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2026

Walaupun syarat kelayakan SARA MyKasih 2026 belum diumumkan, ia lazimnya merupakan penambahbaikan daripada syarat sedia ada sebelum ini. Semak syarat kelayakan SARA MyKasih di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH

Buat masa ini, jadual pembayaran Bantuan SARA MyKasih 2026 masih belum dimaklumkan secara rasmi. Justeru, penerima digalakkan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran yang sah.

  • Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
  • Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
  • Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH

JUMLAH BANTUAN

Jumlah Bantuan SARA MyKasih 2026 ditentukan berdasarkan kategori penerima, dengan jumlah yang berbeza mengikut status isi rumah dan disalurkan terus melalui MyKad penerima seperti perincian berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
JUMLAH BANTUAN

PENGHARGAAN SARA RM100

  • Kerajaan turut memperkenalkan bantuan one-off RM100 di bawah inisiatif SARA 2026 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari, yang dianggarkan memberi manfaat kepada sekitar 22 juta rakyat.
JUMLAH BANTUAN

SEMAK BAKI SARA MYKASIH

Penerima boleh semak baki bantuan SARA MyKasih dalam MyKad melalui beberapa kaedah yang disediakan, seperti diperincikan di bawah.

  • Semak baki SARA melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
SEMAK BAKI SARA MYKASIH
  • Semak baki SARA MyKasih melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki SARA MyKasih di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SEMAKAN STATUS

Bagi tujuan semakan status, penerima boleh melayari Portal STR bantuantunai.hasil.gov.my atau Portal SARA sara.gov.my, serta menghubungi pihak STR 1-800-88-2747 untuk mendapatkan bantuan lanjut. Berikut panduan semakan penuh:

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
SEMAKAN STATUS

PEMBELIAN BARANG SARA MYKASIH GUNA MYKAD

Semua transaksi pembelian SARA MyKasih 2026 hendaklah dibuat menggunakan MyKad di premis terpilih, dengan pembelian terhad kepada barangan yang diluluskan. Berikut adalah langkah lengkap pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
PEMBELIAN BARANG SARA MYKASIH GUNA MYKAD

CARA MOHON SARA MYKASIH

Oleh kerana penilaian kelayakan dibuat menggunakan data STR sedia ada, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu bagi SARA MyKasih 2026.

  • Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
  • Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
  • Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.

Permohonan STR Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

*Penerima STR 2025 dan STR 2026 akan melalui proses semakan automatik oleh MOF dan KPDN, dan pendaftaran SARA MyKasih akan dibuat secara terus jika memenuhi syarat.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapa uruskan program SARA MyKasih 2026?

Program ini dikendalikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama MyKasih Foundation.

Boleh semak guna MyKad saja ke?

Ya, penerima boleh semak status melalui nombor MyKad di portal rasmi.

MyKad kena aktif ke untuk guna SARA?

Ya, hanya MyKad aktif boleh digunakan untuk transaksi.

Kalau MyKad rosak, masih boleh guna SARA MyKasih tak?

Tak boleh, kena ganti MyKad baru di JPN dulu.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Baki SARA MyKasih ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment