BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG (3.0 2025) – SEMAK KELAYAKAN & CARA TEBUS
Kerajaan meneruskan pemberian Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 tahun 2025 khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. Melalui inisiatif ini, penerima boleh menebus baucar bernilai RM30 bagi membeli produk insurans atau takaful di bawah Perlindungan Tenang. Tujuan bantuan ini adalah untuk memastikan golongan B40 mempunyai perlindungan asas kewangan sekiranya berlaku musibah. Dengan adanya bantuan ini, rakyat dapat menikmati jaminan kewangan tambahan tanpa menanggung kos tinggi.
Penerima boleh semak kelayakan Baucar Perlindungan Tenang secara online sebelum ditebus di penyedia insurans dan takaful yang berdaftar. Semua info penting ada dalam artikel ini.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA ITU BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG?
Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk memperluas akses insurans dan takaful asas kepada isi rumah berpendapatan rendah yang mungkin kurang mendapat perlindungan. Bermula 1 September 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menerima baucar bernilai RM30. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk mikroinsurans atau mikrotakaful (“Perlindungan Tenang”) dari syarikat atau pengendali takaful berlesen yang menyertai program ini.

CIRI UTAMA BAUCAR
Terdapat beberapa ciri utama Baucar Perlindungan Tenang yang pastinya memberi banyak manfaat kepada penerima yang layak. Berikut adalah butirannya:
- Mampu milik: Sumbangan bulanan rendah.
- Mudah difahami: Bayaran sekaligus bila berlaku kematian, kemalangan atau kerosakan harta.
- Proses tuntutan cepat: 5 hari bekerja (kematian) & 7 hari bekerja (bukan kematian).
- Mudah disertai: Boleh daftar secara online melalui insurans, takaful, ejen atau pengedar sah.

BERAPA JUMLAH BAUCAR YANG DISALURKAN?
Rujuk jadual di bawah sebagai gambaran lebih jelas untuk jumlah Baucar Perlindungan Tenang 3.0 berserta butirannya:
| BUTIRAN BAUCAR | HURAIAN RINGKAS |
|---|---|
| Nilai Baucar | RM30 setiap penerima yang layak |
| Harga Minimum Produk | Produk insurans/takaful asas mesti bernilai sekurang-kurangnya RM50 setahun |
| Kegunaan | Untuk satu penebusan sahaja semasa tempoh program |
| Tempoh Sah | 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga baucar habis ditebus |
| Kaedah Bayar Lebihan Harga | Jika harga produk lebih daripada RM30, penerima perlu membayar baki (contoh: produk RM50 → baucar buat RM30, penerima bayar RM20) |
APA SYARAT KELAYAKAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG?
Bagi memastikan hanya penerima yang layak mendapat baucar, terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang menerima STR 2025.
- Tiada permohonan manual diperlukan, penerima yang layak akan diberikan baucar secara automatik.
- Had umur: antara 18 hingga 60 tahun.
- Hanya satu baucar RM30 untuk satu produk insurans/takaful asas yang berharga sekurang-kurangnya RM50 setahun.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG?
Penerima boleh menyemak kelayakan melalui laman web rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV) https://www.myptv.my/. Rujuk langkah-langkah semakan penuh di bawah:
- Layari laman rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV): https://www.myptv.my/
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (NRIC)
- Tandakan kotak “Ya, saya telah membaca & memahami notis privasi”; dan
- Sahkan anda bukan robot.
- Jika layak, anda akan diberikan nombor baucar unik melalui mesej.
Alternatif: Kunjungi mana-mana pejabat, ejen, atau pengedar sah syarikat insurans/takaful yang mengambil bahagian untuk semakan.


CARA TEBUS BAUCAR UNTUK PEMBELIAN PRODUK
Ada 2 cara penebusan Baucar Perlindungan Tenang 3.0 ini sama ada secara dalam talian atau pembelian di kaunter. Semak perincian di bawah:
TEBUS SECARA DALAM TALIAN
- Layari portal MyCoverage.my dan cari seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”.
- Pilih produk yang sesuai, semak manfaat, had umur, sumbangan (premium) dan terma-terma lain.
- Isikan maklumat diri seperti nama, NRIC, umur, jantina dan lain-lain, termasuk nombor baucar unik anda ketika pembelian.
TEBUS SECARA BERSEMUKA/KAUNTER
- Pergi ke pejabat cawangan, ejen atau pengedar sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang.
- Maklumkan anda mahu menggunakan baucar PTV 3.0, pilih produk yang sesuai dan lengkapkan borang yang diperlukan.
JENIS PRODUK PERLINDUNGAN TENANG 3.0
Antara produk yang ditawarkan di bawah program ini termasuk:
- PerlindunganKu Allianz4All
- A-Z Protect
- Allianz Kasih Hayat
- Protector Guard
- Qaseh Setia
- Qaseh Bakti Plus
- MikroSayang
- HLA Stackable (Pelan Pakej)
- Mini PA Insurance
- BSN Takaful Sakinah Plus
- Tokio Marine TenangCare

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Baucar ini hanya boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk insurans/takaful.
Produk insurans/takaful Perlindungan Tenang seperti insurans hayat, kemalangan diri, kesihatan asas dan sebagainya.
Tidak, baucar ini hanya untuk produk Perlindungan Tenang yang diluluskan.
Tidak, baucar ini hanya untuk penerima yang layak sahaja.
Tidak. Baucar yang tidak digunakan akan terbatal selepas tamat tempoh.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Baucar Perlindungan Tenang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV): https://www.myptv.my/
- Portal Rasmi MyCoverage: https://www.mycoverage.my/
- Persatuan Insurans Hayat Malaysia: +603 – 2691 6168 / 6628 / 8068
- Persatuan Takaful Malaysia: +603 – 2031 8160