SEMAK BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN DALAM MYKAD

SEMAK BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS SUMBANGAN DALAM MYKAD

Bantuan SARA MyKasih 2025 memberi manfaat kepada lebih 5.4 juta penerima di seluruh negara. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad untuk memudahkan pembelian barangan asas di lebih 7300 kedai dan pasar raya terpilih. Inisiatif ini bertujuan membantu rakyat B40 dan M40 mengurus kos sara hidup dengan lebih baik sepanjang tahun.

Penerima boleh semak status bantuan MyKasih bagi mengetahui baki, jumlah bantuan serta tempoh sah penggunaan. Baca selanjutnya untuk panduan lengkap.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

B40 dan M40 yang layak boleh menerima Bantuan MyKasih, tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bantuan ini merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah penjelasannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DISALURKAN?

Jumlah bantuan MyKasih mengikut kategori:

  • B40: RM600 – RM2100
  • M40: RM450 – RM900

Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lebih terperinci:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

BILA TARIKH BAYARAN MYKASIH DIKREDITKAN?

Bayaran bantuan MyKasih akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD?

Cara guna bantuan MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan MyKasih boleh semak panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN MYKASIH?

Cara semak status penerima Bantuan MyKasih kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAK BANTUAN MYKASIH MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN MYKASIH

SEMAK BANTUAN MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN MYKASIH

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang belia yang baru mula bekerja sebagai operator kilang berkongsi pendapat tentang bantuan MyKasih:

“Bagus sebab tak perlu risau tentang barang makanan asas. Boleh fokus simpan duit gaji.”

Namun seorang petani berkongsi cabaran:

“Kena pergi pekan sebab kedai kampung tak terima MyKad. Jauh juga kalau nak beli barang.”

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BANTUAN MYKASIH

Bagaimana nak semak baki kredit bantuan SARA MyKasih?

Boleh semak baki kredit pada resit selepas pembelian atau bertanya di kaunter kedai terpilih.

Di mana lokasi boleh guna SARA MyKasih?

Di pasar raya atau kedai runcit yang dilantik kerajaan seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave dan lain-lain.

Perlu daftar atau mohon untuk guna bantuan MyKasih?

Tidak perlu. Jika nama anda tersenarai sebagai penerima, MyKad akan diaktifkan automatik.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Bantuan MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment