BANTUAN SARA HIDUP RM100 DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS

BANTUAN SARA HIDUP RM100 DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS

Kerajaan menyediakan bantuan SARA Hidup RM100 yang dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu bantuan bulanan dan juga bayaran one-off yang diumumkan Perdana Menteri. Bantuan ini terus dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas. Ia memberi manfaat besar kepada golongan B40 dan M40 dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Semakan status bantuan boleh dilakukan bagi memastikan sama ada bantuan telah diterima dalam akaun MyKad masing-masing. Baca selanjutnya untuk panduan lengkap.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100

B40 dan M40 yang layak boleh menerima bantuan SARA Hidup, tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bantuan ini merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah penjelasannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP

Tarikh bayaran Bantuan Sara Hidup dijadualkan pada setiap awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP

Jumlah bantuan SARA Hidup adalah berbeza mengikut kategori berikut:

  • B40: RM600 – RM2100
  • M40: RM450 – RM900
  • Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lanjut:

PENERIMA B40 (STR & EKASIH)

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)

PENERIMA M40 (STR SAHAJA)

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF

CARA GUNA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

Cara guna bantuan untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP RM100

Cara semak status penerima bantuan SARA Hidup RM100 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAK BANTUAN SARA HIDUP RM100 MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP RM100

SEMAK BANTUAN SARA HIDUP RM100 MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP RM100

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang ibu tunggal di Perlis meluahkan rasa lega:

“RM100 tu cukup nak beli beras, minyak masak dan telur. Sekurang-kurangnya ada bekalan dapur.”

Di Pulau Pinang, seorang pekerja kilang berkongsi pengalaman kurang memuaskan:

“Tak semua kedai ada sistem MyKasih, kadang kena pergi jauh. Susah untuk yang tak ada kenderaan.”

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu program SARA MyKasih?

Program bantuan kerajaan dalam bentuk kredit tanpa tunai RM100 sebulan untuk beli barangan asas.

Apa beza SARA MyKasih dengan SARA One-Off?

SARA MyKasih diberi bulanan, manakala SARA One-Off hanya sekali sahaja.

Apa kelebihan menggunakan sistem MyKad untuk SARA MyKasih?

Mudah, selamat & tidak perlu ada kad tambahan atau aplikasi khas.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan SARA Hidup RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment