SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN DALAM MYKAD UNTUK ISI RUMAH B40

SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN DALAM MYKAD UNTUK ISI RUMAH B40

Program SARA MyKasih 2025 menawarkan bantuan sebanyak RM200 sebulan khusus kepada isi rumah B40 yang layak. Bantuan ini disalurkan terus melalui sistem MyKad untuk memudahkan pembelian barangan asas di lebih 7300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara. Ia merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Untuk penerima yang layak, boleh semak status bantuan RM200 sebulan secara online. Jangan terlepas, semak butiran penuh di bawah.

BACA JUGA: CHECK SENARAI BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA IC

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM200 SEBULAN

Bantuan RM200 sebulan diberikan khusus kepada golongan B40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Semak butiran kelayakan bantuan RM200 sebulan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BANTUAN RM200 SEBULAN DISALURKAN

Bantuan RM200 sebulan akan dimasukkan ke akaun penerima yang layak dari kategori keluarga B40 pada setiap awal bulan, seperti yang diperincikan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN YANG DIKREDITKAN DALAM MYKAD

Bantuan RM200 sebulan akan dikreditkan kepada golongan B40, secara keseluruhannya berjumlah RM600-RM2100 setahun. Golongan M40 akan mendapat bantuan secara keseluruhan antara RM450-RM900. Duit bantuan akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan bantuan tersebut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

CARA GUNA BANTUAN RM200 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN

Untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM200 sebulan boleh semak panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN RM200 SEBULAN UNTUK PEMBELIAN

CARA SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN

Cara semak status bantuan RM200 sebulan kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN CARA SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN

SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN CARA SEMAK BANTUAN RM200 SEBULAN

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Ramai menganggap bantuan ini memudahkan urusan seharian. Seorang bapa berkongsi:

“Alhamdulillah, senang sebab boleh terus guna MyKad. Memang banyak meringankan beban keluarga.”

Namun ada juga yang mengkritik. Menurut seorang penerima di Sabah:

“Kalau sistem MyKasih terganggu, penerima yang nak beli barang jadi susah. Harap kerajaan pantau supaya tidak berlaku lagi.”

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapa yang layak menerima bantuan SARA MyKasih?

Penerima terdiri daripada isi rumah B40, M40 serta golongan yang disenaraikan dalam pangkalan data eKasih. Jumlah penerima dianggarkan melebihi 5.4 juta orang seluruh negara.

Boleh ke guna baki bantuan bulan ini untuk bulan depan?

Ya, baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya. Tetapi ia hanya sah sehingga 31 Disember 2025.

Bagaimana nak tahu kedai terpilih yang menerima MyKasih?

Senarai kedai boleh disemak di laman web MyKasih atau poster di kedai.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Bantuan RM200 Sebulan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment