SEMAK DUIT DALAM IC RM100 : BANTUAN SARA MYKASIH 2025

SEMAK DUIT DALAM IC RM100 : BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Bantuan duit SARA RM100 dalam IC bawah program MyKasih diberikan bagi membantu jutaan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40. Program ini merangkumi bantuan bulanan SARA serta tambahan bayaran one-off mengikut pengumuman terkini kerajaan. Duit bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai dan pasar raya yang berdaftar.

Penerima yang layak boleh semak status duit RM100 secara online bagi mengetahui baki serta bayaran semasa yang tersedia dalam IC masing-masing. Rujuk artikel ini untuk langkah seterusnya.

BACA JUGA: CHECK SENARAI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH YANG DILULUSKAN

SYARAT KELAYAKAN DUIT DALAM IC

Bantuan duit dalam IC disediakan untuk golongan B40 dan M40 yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ia terbuka kepada pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH DUIT DALAM IC YANG DIAGIHKAN

Dalam program SARA MyKasih, jumlah bantuan duit dalam IC berbeza mengikut kategori penerima. Golongan B40 layak menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini disalurkan terus ke IC masing-masing. Perinciannya adalah seperti dalam jadual berikut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA ONE-OFF

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH DUIT YANG DIKREDITKAN

TARIKH BAYARAN DUIT DALAM IC DIKREDITKAN

Bayaran duit dalam IC RM100 akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA DUIT DALAM IC UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS

Cara guna duit bantuan RM100 membuat pembelian menggunakan IC, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk IC di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA DUIT DALAM IC UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS

CARA SEMAK DUIT DALAM IC RM100

Cara semak duit dalam IC kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAK DUIT DALAM IC MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN CARA SEMAK DUIT DALAM IC RM100

SEMAK DUIT DALAM IC MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN CARA SEMAK DUIT DALAM IC RM100

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang pesara di Kuala Lumpur memuji langkah kerajaan:

“Saya lega sebab guna MyKad, tak perlu kad tambahan atau isi borang. Mudah dan cepat.”

Tetapi seorang ibu lima anak berkata bantuan RM100 dalam IC itu masih tidak mencukupi:

“RM100 sebulan memang tak cukup kalau anak ramai. Belanja dapur sehari pun dah tinggi.”

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah barangan yang boleh dibeli dengan SARA MyKasih?

Hanya barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, telur.

Adakah semua kedai runcit menerima MyKasih?

Tidak, hanya kedai terpilih yang disenaraikan kerajaan.

Jika sistem MyKasih tergendala, apa yang penerima boleh buat?

Boleh cuba semula selepas sistem dipulihkan, baki masih ada.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Duit Dalam IC ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment