BANTUAN TUNAI HASIL 2026 : SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Bantuan Tunai Hasil 2026 atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi kos sara hidup. Melalui pelaksanaan STR 2026, bantuan kewangan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak berdasarkan kategori dan paras pendapatan isi rumah.
Info lanjut telah tersedia di bawah ini.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL (STR) 2026?
Kerajaan menyasarkan bantuan ini kepada kumpulan tertentu agar pengagihan Bantuan Tunai Hasil 2026 dapat dilaksanakan secara lebih adil dan bersasar. Antara syarat kelayakan mengikut kategori penerima adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
*Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak lagi termasuk dalam STR dan telah dipindahkan ke skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA TARIKH BANTUAN TUNAI HASIL 2026 DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Hasil 2026 masih belum diumumkan secara rasmi.
Nota:
Kerajaan akan memaklumkan jadual bayaran Bantuan Tunai Hasil 2026 dari semasa ke semasa. Sebagai rujukan, bayaran Fasa 1 STR 2025 telah dilaksanakan pada bulan Januari.
BERAPA JUMLAH BANTUAN TUNAI HASIL 2026 DIAGIHKAN?
Jumlah bayaran Bantuan Tunai Hasil 2026 adalah berbeza mengikut kategori penerima yang ditetapkan oleh kerajaan.
Rujuk jadual di bawah bagi maklumat terperinci:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |

DAFTAR AKAUN MYSTR
Akaun MySTR diperlukan bagi semua pemohon, sama ada permohonan baharu atau penerima sedia ada, untuk tujuan semakan online status kelayakan STR 2026 serta pengurusan maklumat bantuan. Langkah pendaftaran akaun MySTR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Untuk menyemak status Bantuan Tunai Hasil 2026, layari https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk akaun MySTR. Hubungi BKK di 1-800-88-2747 jika perlukan bantuan. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN?
Pemohon digalakkan untuk mengemas kini maklumat Bantuan Tunai Hasil 2026 sekiranya berlaku sebarang perubahan bagi mengelakkan masalah kelayakan atau kelewatan bayaran. Cara kemaskini seperti berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Bagi individu yang belum pernah memohon, permohonan baharu STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Langkah asas permohonan:
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan.
- Lengkapkan maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada).
- Muat naik dokumen sokongan.
- Masukkan maklumat waris.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan Bantuan STR 2026 yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
STR 2026 diteruskan dengan penambahbaikan mengikut keperluan semasa.
Tidak, Akaun MySTR diperlukan untuk semakan online.
Penerima sedia ada tertakluk kepada pengesahan data semasa.
Boleh, selagi tempoh kemaskini dibuka.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Tunai Hasil 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/