PEMBAYARAN STR FASA 4 (18 OKTOBER) INI : BERAPA JUMLAH YANG ANDA AKAN DAPAT?
Bantuan tunai di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali dengan pelaksanaan Fasa 4 dan agihannya diawalkan kepada penerima mengikut pengumuman Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2026. Pembayaran STR Fasa 4 merupakan fasa terakhir bagi tahun 2025 dan diagihkan kepada penerima yang layak seperti isi rumah, warga emas serta individu bujang yang masih memenuhi kriteria kelayakan STR.
Semua info penting ada dalam artikel ini.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA SYARAT KELAYAKAN STR?
Untuk memastikan pembayaran bantuan STR Fasa 4 diagih dengan tepat, kerajaan memperincikan syarat kelayakan STR mengikut kategori penerima. Lihat senarai di bawah untuk butiran penuh:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Bagi individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, mereka hanya layak disenaraikan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah, bukan pemohon bujang individu.
BILA TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?
Pembayaran STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal mulai 18 Oktober 2025, bersempena sambutan Deepavali, seperti diumumkan kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2026. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat tarikh setiap fasa bantuan:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | 18 OKTOBER |

BERAPA JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN?
STR Fasa 4: Bantuan tidak sama untuk semua penerima.
Jumlah: RM150 – RM700
Semak jadual di bawah untuk jumlah penuh mengikut kategori:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Untuk STR Fasa 4, cara pembayaran bergantung pada penerima, ada yang terus masuk akaun bank, ada juga yang boleh ambil tunai di BSN. Butiran penuh seperti di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STATUS STR FASA 4
Semakan status pembayaran STR Fasa 4 boleh dilakukan di portal rasmi STR. Log masuk akaun MySTR, tekan Semakan Status, dan pastikan data anda dikemas kini. Untuk bantuan, hubungi Hotline BKK 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Ini langkah daftar akaun MySTR baharu bagi penerima sedia ada:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Boleh ke mana-mana cawangan BSN berdekatan.
Ya, selagi layak mengikut syarat STR.
Boleh tuntut bayaran tunai di BSN.
Tarikh ditetapkan kerajaan & diumumkan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Pembayaran STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]