CARA BELI BARANG SARA GUNA MYKAD – SEMAK PANDUAN 2025
Program MyKasih SARA 2025 diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas dengan lebih mudah tanpa tunai dan tanpa akaun bank.
Segala urusan dilakukan menggunakan MyKad (IC) sebagai pengganti kad tunai, menjadikan proses lebih cepat, selamat dan mesra pengguna.
Artikel ini menerangkan dengan lengkap cara beli barang SARA guna MyKad, cara semak baki bantuan, senarai barang yang dibenarkan, serta lokasi kedai yang terlibat. Maklumat penuh boleh dirujuk di bawah.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
APA ITU BANTUAN BARANG SARA?
Bantuan barang SARA ialah inisiatif kerajaan melalui MyKasih Foundation, yang menyalurkan bantuan bulanan tanpa tunai (cashless) kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berbeza dengan bantuan tunai biasa, tiada wang diberikan secara terus. Sebaliknya, nilai bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai rakan niaga MyKasih yang berdaftar.
- Ciri utama bantuan SARA:
- Disasarkan kepada penerima STR / eKasih (golongan B40).
- Nilai bantuan dikreditkan setiap bulan ke MyKad.
- Hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan asas diluluskan.
- Baki tidak habis boleh dibawa ke bulan seterusnya (selagi tempoh program aktif).
Makluman: Baki akan luput selepas program tamat.
CARA BELI BARANG SARA
Terdapat cara mudah untuk beli barang SARA bagi membantu penerima bantuan untuk berbelanja dengan bijak. Penerima hanya perlu pilih barangan SARA yang diluluskan, sahkan MyKad di kaunter dan buat bayaran. Simpan resit sebagai rujukan selepas transaksi selesai. Berikut adalah langkah lengkap cara beli barang SARA di kedai terpilih:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAK BARANG SARA YANG BOLEH DIBELI
Bantuan SARA boleh digunakan untuk membeli barang asas yang diluluskan merangkumi sebanyak 14 kategori. Tidak semua barang di kedai layak dibeli menggunakan bantuan SARA. Cara kenal pasti barang SARA yang layak di beli ialah:
- Lihat label MyKasih / SARA pada rak harga.
- Rujuk senarai kategori rasmi di laman web MyKasih.
- Gunakan aplikasi MyKasih untuk semak kod bar (barcode) produk.
Antara kategori barangan asas yang dibenarkan:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Gula, garam & bahan perasa
- Mi segera
- Biskut & makanan kering
- Makanan dalam tin
- Susu tepung, minuman malt & koko
- Produk kebersihan diri (sabun, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
- Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci, pinggan, lantai)
- Barangan sekolah asas
Perhatian: Tidak semua jenama dalam kategori ini diluluskan. Hanya jenama tersenarai dalam sistem MyKasih boleh ditebus.

DI MANA LOKASI KEDAI BARANG SARA MYKASIH?
Kini terdapat lebih 7300 kedai dan pasar raya yang berdaftar sebagai rakan niaga MyKasih. Penerima boleh membeli barang asas bantuan SARA di lokasi berhampiran. Rujuk senarai contoh yang disediakan di bawah:
- Mydin
- Lotus’s (Tesco)
- Econsave
- Giant
- Pacific
- The Store
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Kedai runcit tempatan terpilih
*Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI SARA DALAM MYKAD?
Terdapat tiga (3) cara utama untuk semak baki SARA anda: semakan terus di kaunter pasar raya terpilih, aplikasi MyKasih di telefon pintar atau portal rasmi dengan ID pengguna. Berikut adalah perinciannya:
CHECK BAKI SARA DI KAUNTER
- Kunjungi pasaraya terlibat
- Pergi ke mana-mana pasaraya rakan niaga MyKasih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, atau lain-lain yang mengambil bahagian.
- Maklumkan kepada juruwang
- Beritahu juruwang anda ingin membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih.
- Serahkan MyKad
- Berikan MyKad anda untuk diproses melalui terminal pembayaran elektronik mereka.
- Terima resit semakan
- Juruwang akan membantu semak dan memberikan resit yang memaparkan baki bantuan yang masih ada.
SEMAK BAKI SARA MELALUI APLIKASI MYKASIH
- Muat Turun Aplikasi
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- Log Masuk / Daftar
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- Semak Baki
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- Ciri Tambahan:
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA MyKasih.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).

SEMAK BAKI SARA MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Semak status kelayakan
- Cara beli barang SARA guna MyKad
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA BELI BARANG SARA
Ada dua jenis: bantuan bulanan (diterima setiap bulan) dan bantuan one-off (sekali sahaja, ikut pengumuman kerajaan).
Biasanya antara RM100 hingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori isi rumah.
Kebiasaannya pada awal bulan, mengikut jadual rasmi kerajaan.
Ya, baki boleh dibawa sehingga tarikh tamat program (31 Disember 2025).
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Beli Barang SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]