SEMAKAN STATUS STR BUJANG FASA 4 2025

SEMAKAN STATUS STR BUJANG FASA 4 2025

Melalui semakan status STR bujang, penerima dapat mengetahui kelayakan, jumlah serta tarikh bayaran bagi fasa 4 2025 ke akaun masing-masing dengan lebih mudah dan cepat.

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah termasuk individu bujang dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Semak butiran lanjut di bawah.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

APA SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG?

Kerajaan menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi memastikan bantuan STR sampai kepada kumpulan sasar sebenar. Bagi kategori bujang, kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota: Bagi pelajar IPTA/IPTS berstatus bujang (21+) dan OKU (19+), permohonan hanya boleh dibuat melalui kategori isi rumah. Permohonan sebagai individu bujang tidak dibenarkan.

Selain itu, bantuan STR ini juga diberikan kepada kategori berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR BUJANG FASA 4

Tarikh bayaran STR bujang Fasa 4 2025 akan bermula pada November, selaras dengan jadual tahun lepas. Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

Lihat jadual berikut untuk maklumat lengkap tarikh bayaran setiap fasa:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

*Pengumuman rasmi dari kerajaan akan menentukan tarikh akhir bayaran.

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR BUJANG?

Cara bayaran STR Fasa 4 ditetapkan mengikut status penerima. Bagi penerima berakaun, bayaran dikredit terus, manakala penerima tanpa akaun akan menerima secara tunai di BSN. Lihat perincian di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN STR BUJANG FASA 4?

Bayaran STR Fasa 4 diagihkan sebanyak RM150 kategori penerima bujang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rujuk jadual di bawah bagi melihat pecahan penuh:

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
BUJANG BELIA600150150150150
BUJANG WARGA EMAS600150150150150
BUJANG OKU600150150150150

SEMAKAN STATUS STR BUJANG

Penerima kategori bujang yang layak boleh buat semakan status bayaran STR Fasa 4 secara online melalui laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my. Log masuk ke akaun MySTR dan pilih Semakan Status. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi BKK di 1-800-88-2747 (9 pagi – 5 petang). Langkah penuh semakan status STR bujang disediakan di bawah:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
LOGIN SEMAKAN STATUS STR BUJANG

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS STR BUJANG

Bagaimana cara tahu tarikh rasmi pembayaran STR?

Tarikh rasmi diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui portal STR, media sosial rasmi, dan media massa.

Bolehkan saya semak STR guna telefon bimbit?

Ya, boleh log masuk portal MySTR menggunakan telefon bimbit dengan capaian internet

Bagaimana jika akaun bank sudah tidak aktif?

Bayaran akan dipindahkan untuk tuntutan tunai di BSN.

Boleh tak rayu jika permohonan STR ditolak?

Boleh. Rayuan dibuka dalam tempoh yang ditetapkan selepas pengumuman.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan Status STR Bujang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment