SEMAK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM100 (OGOS 2025)
Bantuan SARA MyKasih 2025 diteruskan dengan dua bentuk bayaran iaitu RM100 setiap bulan dan juga bantuan khas one-off (sekali bayar). Semua bayaran dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima untuk memudahkan pembelian barangan asas di kedai dan pasar raya terpilih. Program ini diumumkan bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Dengan jumlah penerima jutaan orang, ia memberi kesan besar kepada golongan B40 dan M40.
Oleh itu, penting untuk semak status bantuan SARA RM100 bagi memastikan bayaran masuk dalam MyKad masing-masing. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.
BACA JUGA: CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH DI KEDAI TERPILIH
JUMLAH BAYARAN SARA DALAM MYKAD
- Jumlah bantuan SARA MyKasih RM100 bulanan mengikut kategori penerima yang layak:
- B40: RM600 – RM2,100
- M40: RM450 – RM900
- Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lanjut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

TARIKH BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM100 DIKREDITKAN
Tarikh pengkreditan bantuan SARA dalam MyKad ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA BANTUAN SARA RM100 DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN
Untuk membuat pembelian menggunakan bantuan SARA RM100 dalam MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA RM100 dalam MyKad boleh semak panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAK BANTUAN SARA RM100 DALAM MYKAD
Cara semak bantuan SARA dalam MyKad RM100 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:
SEMAK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM100 MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM100 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Bantuan SARA MyKasih mendapat pelbagai reaksi daripada penerima. Seorang ibu di Perlis berkata:
“Bagus sangat, guna MyKad je dah boleh beli barang. Tak payah pening tunggu duit masuk.”
Namun, ada juga yang meluahkan rasa kecewa. Seorang penerima berkata:
“Masa sistem MyKasih down memang susah. Nak beli barang pun tergendala, harap lepas ni lebih stabil.”
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai dalam MyKad, bukan tunai di bank.
Tidak. Hanya kedai dan pasar raya berdaftar dengan MyKasih (lebih 7300 premis seluruh Malaysia) yang menerima transaksi bantuan ini.
SARA MyKasih adalah bantuan bulanan RM100 sehingga akhir 2025. Manakala SARA One-Off RM100 ialah bayaran sekali sahaja yang diumumkan Perdana Menteri.
RUJUKAN
Panduan bagi Semak Bantuan SARA Dalam MyKad RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Emel MyKasih: [email protected]