SEMAKAN STATUS SARA RM100 : (2025) CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

SEMAKAN STATUS SARA RM100 : (2025) CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengekalkan pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih sebagai salah satu inisiatif penting untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui pengumuman rasmi, kerajaan turut memperkenalkan bantuan tambahan RM100 secara one-off kepada penerima yang layak bagi memberi sedikit kelegaan kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Semakan status kelayakan SARA RM100 boleh dilakukan secara atas talian. Artikel ini sediakan panduan lengkap untuk anda.

BACA JUGA: CHECK LIST BARANGAN ASAS SARA MYKASIH TERKINI

SYARAT KELAYAKAN SARA RM100

Program Bantuan SARA RM100 menyasarkan penerima daripada golongan B40 dan M40, dengan syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA DISALURKAN
  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BANTUAN SARA SEDIA ADA (BULANAN)

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH

Tarikh bayaran bantuan SARA RM100 ditetapkan pada setiap awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
  • PENERIMA SARA One-Off (Tambahan):
    • 31 Ogos 2025

CARA GUNA SARA RM100

Bantuan SARA RM100 yang dimasukkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad boleh digunakan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

CARA GUNA SARA RM100 BAGAIMANA
  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAKAN STATUS SARA RM100

Semakan status kelayakan bantuan SARA RM100 dalam MyKad kini boleh dilakukan secara online. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

SEMAKAN STATUS SARA RM100 MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN BAGAIMANA NAK BUAT SEMAKAN STATUS SARA RM100
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SEMAKAN STATUS SARA RM100 MELALUI PORTAL STR

LOGIN BAGAIMANA NAK BUAT SEMAKAN STATUS SARA RM100
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana cara menggunakan Bantuan SARA MyKasih RM100?

Bantuan ini tidak diberi dalam bentuk tunai. Sebaliknya, penerima boleh membeli barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, telur dan susu di pasar raya rakan niaga menggunakan MyKad.

Di manakah Bantuan SARA MyKasih RM100 boleh digunakan?

Bantuan ini boleh digunakan di pasar raya dan kedai runcit yang terpilih sebagai rakan niaga MyKasih, antaranya seperti Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave dan kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia.

Adakah bantuan ini boleh ditunaikan dalam bentuk wang tunai?

Tidak. Bantuan SARA MyKasih RM100 hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas, dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

Apa yang perlu dilakukan jika bantuan tidak masuk atau tidak dapat digunakan?

Penerima boleh menghubungi talian khidmat pelanggan MyKasih atau hadir ke pejabat LHDN/agensi terdekat untuk mendapatkan pengesahan dan bantuan lanjut.

Adakah penerima STR automatik akan dapat Bantuan SARA MyKasih RM100?

Tidak semua. Hanya penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan tambahan (contohnya kategori miskin tegar) sahaja yang akan menerima bantuan ini secara automatik.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment