MYSARA RM100 SEMAKAN BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD (SEPTEMBER)

MYSARA RM100 SEMAKAN BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD (SEPTEMBER)

MySARA 2025 dibawah program MyKasih merupakan bantuan penting kerajaan yang memberi RM100 setiap bulan serta bayaran khas one-off RM100 kepada penerima yang layak. Semua transaksi dikreditkan dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 di seluruh negara. Program ini menjadi sokongan penting rakyat ketika berdepan tekanan kos sara hidup.

Semakan status bayaran MySARA RM100 boleh dibuat secara online untuk memastikan bayaran sudah dikreditkan. Artikel ini akan membantu anda faham cara semakan serta maklumat berkaitan bantuan.

BACA JUGA: CHECK CARA GUNA BANTUAN DALAM IC UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS

TARIKH BAYARAN MYSARA RM100 DISALURKAN

Bayaran bantuan MySARA RM100 akan disalurkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
TARIKH BAYARAN MYSARA RM100 DISALURKAN

JUMLAH BAYARAN MYSARA YANG DIKREDITKAN

Setiap kategori kelayakan dalam program MySARA mempunyai jumlah bantuan tersendiri. Jumlah bantuan B40 antara RM600-RM2100 dan M40 antara RM450-RM900, yang akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan bantuan tersebut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA ONE-OFF

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH BAYARAN MYSARA YANG DIKREDITKAN

CARA GUNA MYSARA RM100 DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

Untuk membuat pembelian menggunakan bantuan MySARA RM100 dalam MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA MYSARA DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

MYSARA RM100 SEMAKAN

Semakan bayaran MySARA RM100 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh:

MYSARA RM100 SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN MYSARA RM100 SEMAKAN

MYSARA RM100 SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN MYSARA RM100 SEMAKAN

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Ramai menganggap bantuan MySARA RM100 ini memudahkan urusan seharian. Seorang bapa berkongsi:

“Alhamdulillah, senang sebab boleh terus guna MyKad. Memang banyak meringankan beban keluarga.”

Namun ada juga yang mengkritik. Menurut seorang penerima di Sabah:

“Kalau sistem MyKasih terganggu, penerima yang nak beli barang jadi susah. Harap kerajaan pantau supaya tidak berlaku lagi.”

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa beza SARA MyKasih dengan SARA One-Off RM100?

SARA MyKasih adalah bantuan bulanan RM100 sehingga akhir 2025. Manakala SARA One-Off RM100 ialah bayaran sekali sahaja yang diumumkan Perdana Menteri.

Apa perlu dibuat jika MyKad hilang?

Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN. Baki bantuan akan dipindahkan semula selepas pengesahan.

Adakah MySara boleh digunakan untuk beli barang promosi atau diskaun?

Ya, boleh. Asalkan barang tersebut termasuk dalam kategori barangan asas yang dibenarkan dalam program ini.

RUJUKAN

Panduan bagi MySARA RM100 Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment