SARA SEMAKAN STATUS RM100 : CHECK BAYARAN BANTUAN DALAM IC

SARA SEMAKAN STATUS RM100 : CHECK BAYARAN BANTUAN DALAM IC

Pemberian khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 One-Off telah diumumkan oleh kerajaan sebagai langkah tambahan untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini berbeza dengan bayaran bulanan SARA sedia ada kerana ia hanya diberikan sekali sahaja (one-off) kepada semua warganegara Malaysia dewasa seramai 22 juta penerima yang layak. Menariknya, penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana bantuan ini dikreditkan secara automatik terus ke dalam IC. Duit RM100 tersebut boleh digunakan dalam bentuk kredit tanpa tunai di kedai runcit, pasar raya, dan premis berdaftar di bawah program MyKasih. Dengan adanya bantuan khas ini, rakyat dapat membeli barang asas harian tanpa perlu mengeluarkan wang tambahan.

Oleh itu, setiap individu perlu membuat semakan status SARA RM100 agar tidak terlepas manfaat ini dan bagi memastikan bantuan tersebut telah dimasukkan ke dalam IC masing-masing. Artikel ini sediakan panduan lengkap untuk anda.

BACA JUGA: CHECK CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS GUNA DUIT SARA MYKASIH

APA SYARAT KELAYAKAN STATUS SARA RM100?

Bantuan SARA One‑Off RM100 diberikan kepada semua individu dewasa yang layak. Tiada permohonan diperlukan dan semakan status SARA RM100 boleh dibuat terus secara dalam talian. Syarat utama bantuan ini adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
APA SYARAT KELAYAKAN SARA RM100

BILA TARIKH SARA RM100 DIKREDITKAN DALAM IC?

Tarikh pengkreditan bantuan SARA one-off sebanyak RM100 akan dilaksanakan mengikut butiran berikut:

  • Tarikh mula bayaran: 31 Ogos 2025.
  • Kaedah bayaran: Kredit terus kedalam MyKad penerima.
  • Tempoh agihan: Sekali gus secara One-Off.
  • Tarikh tamat bantuan: 31 Disember 2025.
BILA TARIKH SARA RM100 DIKREDITKAN DALAM IC

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN?

  • Bantuan SARA One-Off berjumlah RM100 akan disalurkan kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas, tidak kira kategori mereka – termasuk bujang, warga emas atau penerima isi rumah.
  • Mereka yang berada di bawah tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak yang masih belajar IPT (RM100).

CARA GUNA SARA RM100 DALAM IC UNTUK PEMBELIAN

Cara guna bantuan SARA RM100 dalam IC, penerima hanya perlu membeli barangan yang berlabel SARA di kedai terpilih. Semasa pembayaran, IC digunakan sebagai kaedah pengesahan dan jumlah akan ditolak terus daripada kredit bantuan. Resit pembelian boleh disimpan untuk rujukan dan semakan baki bantuan. Panduan ringkas di bawah disediakan bagi memudahkan penerima memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai ini:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA SARA RM100 DALAM IC UNTUK PEMBELIAN

BAGAIMANA CARA BUAT SEMAKAN STATUS SARA RM100?

Semakan status SARA RM100 boleh dibuat secara online. Untuk mengetahui status bayaran SARA One-Off, penerima boleh membuat semakan bermula 21 Ogos 2025 melalui aplikasi MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:

SEMAKAN STATUS SARA RM100 MELALUI APLIKASI MYKASIH

  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
      • Tarikh bantuan dikreditkan
      • Senarai barangan yang dibenarkan
      • Tempoh sah penggunaan
  • CIRI TAMBAHAN
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
SEMAK MELALUI APLIKASI MYKASIH

SEMAKAN STATUS SARA RM100 MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL RASMI MYKASIH

RUJUKAN

Panduan bagi SARA Semakan Status RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment