STR SEMAKAN STATUS (FASA 4 2025) – SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

STR SEMAKAN STATUS (FASA 4 2025) – SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Tunai STR tahun 2025 bagi golongan yang layak di seluruh negara. Bantuan STR Fasa 4 ini adalah kesinambungan daripada fasa terdahulu untuk meringankan beban isi rumah B40 dan M40. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Melalui semakan status STR, penerima dapat mengetahui kelayakan, jumlah bayaran yang diterima serta tarikh agihan bantuan. Artikel ini akan membantu anda faham cara semakan status STR serta maklumat berkaitan bantuan.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

APA SYARAT KELAYAKAN STATUS STR?

STR menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi memastikan bantuan hanya diterima oleh mereka yang benar-benar layak. Antara syarat mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR YANG DISALURKAN?

Jumlah bayaran STR Fasa 4 adalah berbeza mengikut kategori penerima, iaitu dari RM150 hingga RM700. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat lanjut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?

Bayaran STR Fasa 4 diagihkan sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai di BSN. Rujuk perincian di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?

Pembayaran STR Fasa 4 dikreditkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa keseluruhan. Buat masa ini, penerima masih menantikan pengumuman rasmi kerajaan mengenai tarikh bayaran Fasa 4. Berikut adalah jadual ringkasan fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Segala maklumat berkaitan tarikh bayaran akan disemak semula selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai panduan, tahun 2024 menyaksikan pembayaran Fasa 4 pada November – Rujukan rasmi: bantuantunai.hasil (FAQ).

STR SEMAKAN STATUS

Semakan status STR boleh dilakukan dengan mudah secara online melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Selepas log masuk ke akaun MySTR, penerima hanya perlu memilih menu Semakan Status untuk mengetahui maklumat terkini mengenai bayaran. Jika berdepan sebarang kesulitan, pemohon boleh menghubungi talian Hotline BKK di 1-800-88-2747 (beroperasi 9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut merupakan panduan lengkap langkah semakan status STR Fasa 4:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
LOGIN STR SEMAKAN STATUS

SOALAN LAZIM (FAQ) STR SEMAKAN STATUS

Bagaimana jika akaun bank saya tidak aktif?

Bayaran akan dibuat secara tunai di BSN.

Apa yang perlu dibawa ke BSN untuk tuntut STR?

Kad pengenalan asal diperlukan semasa membuat tuntutan.

Adakah penerima bantuan lain masih boleh terima STR?

Ya, selagi memenuhi syarat kelayakan STR.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Semakan Status ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email : [email protected]

Leave a Comment