SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP DAN CARA GUNA MYKAD

SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP DAN CARA GUNA MYKAD

Program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui inisiatif MyKasih diwujudkan bagi membantu penerima mendapatkan barangan keperluan harian tanpa menggunakan wang tunai. Dengan adanya senarai barang bantuan SARA 2026, penerima dapat mengenal pasti kategori produk yang dibenarkan serta merancang pembelian dengan lebih teratur. Panduan ini penting supaya kredit bantuan digunakan sepenuhnya untuk keperluan asas yang diluluskan, di samping memudahkan urusan ketika membeli di kedai rakan niaga.

Info lengkap telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2026

Bantuan SARA MyKasih membolehkan pembelian barang keperluan asas yang telah diluluskan kerajaan. Berikut adalah senarai terkini 2026 kategori barang yang boleh dibeli dengan kredit bantuan SARA MyKasih:

KATEGORI BARANGANCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico, Susu UHT (semua perisa), Susu pasteur, Yogurt (pek kecil & besar)
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
PRODUK KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
MAKANAN SEJUK BEKU & SEDIA DI MAKANRoti Canai, Pratha, Burger, Sosej, Kentang Goreng, Onion Rings, Chicken Popcorn, Pau, Popiah, Karipap, Ayam, Nugget, Sayuran sejuk beku, Spaghetti & Nasi Lemak sedia dimakan
SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2026

⚠️ Makluman: Jenama yang dinyatakan hanyalah sebagai contoh rujukan dan tidak terhad kepada mana-mana jenama tertentu.

SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2026

CARA BELI BARANG BANTUAN SARA 2026 GUNA MYKAD

Langkah ringkas guna MyKad untuk beli barang dalam senarai bantuan SARA 2026 di kedai berdaftar adalah seperti di bawah ini:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori senarai yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA BELI BARANG BANTUAN GUNA MYKAD

SENARAI RAKAN NIAGA BARANG BANTUAN SARA

Program ini boleh digunakan di lebih 10,000 pasar raya dan kedai rakan niaga yang mengambil bahagian. Lokasi kedai dengan label SARA/MyKasih mudah dikenalpasti di rak atau kaunter.
Berikut adalah contoh senarai kedai boleh beli barang bantuan SARA MyKasih 2026:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

Perhatian: Senarai ini bergantung kepada lokasi & ketersediaan premis rakan niaga, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SENARAI RAKAN NIAGA BARANG BANTUAN SARA

BAGAIMANA NAK SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN SARA MYKASIH?

Penerima boleh menyemak baki kredit bantuan SARA melalui beberapa cara:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
BAGAIMANA NAK SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah jumlah bantuan sama untuk semua penerima?

Tidak semestinya. Nilai bantuan boleh berbeza mengikut kategori kelayakan penerima.

Bagaimana jika transaksi gagal semasa pembayaran?

Penerima boleh minta juruwang cuba semula atau semak status bantuan terlebih dahulu.

Adakah bantuan ini mempunyai tarikh luput penggunaan?

Ya. Kredit biasanya perlu digunakan dalam tempoh tertentu sebelum kitaran seterusnya dikreditkan.

Bolehkan pembelian dibuat secara ansuran atau tempahan?

Tidak. Kredit hanya boleh digunakan untuk pembelian terus di kaunter pembayaran.

Apa perlu buat jika MyKad rosak atau hilang?

Pemegang perlu menggantikan MyKad terlebih dahulu kerana ia medium utama transaksi bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Senarai Barang Bantuan SARA 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment