IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 2027 – PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SEKOLAH

IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 2027 – PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SEKOLAH

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 dibuka secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Identiti (idMe) di https://idme.moe.gov.my. Proses ini dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa/penjaga membuat permohonan tanpa perlu hadir ke sekolah.

Segala info penting telah dihimpunkan di bawah ini.

BACA JUGA: PERMOHONAN UPU ONLINE BAGI SESI AKADEMIK 2026/2027

APA ITU IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 2027?

idME pendaftaran Tahun 1 bagi tahun 2027 ialah akaun IDentiti Murid & Ibu Bapa yang digunakan dalam sistem digital pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk urusan rasmi berkaitan sekolah.

idME untuk Tahun 1 ini diperlukan supaya ibu bapa/penjaga boleh:

  • Daftar dan mohon kemasukan murid ke Tahun 1 secara online
  • Isi & kemas kini maklumat profil murid
  • Semak status permohonan sekolah
  • Akses maklumat pendidikan anak dalam sistem KPM

PERSEDIAAN AWAL PENGISIAN MAKLUMAT PROFIL MURID

Kementerian Pendidikan menjemput ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan awal dengan melengkapkan maklumat profil murid. Langkah ini penting bagi memastikan proses pendaftaran Tahun 1 sesi akademik 2027 dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Soalan Lazim (FAQ) boleh dirujuk dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan berikut: https://shorturl.at/6jt2U

PERSEDIAAN AWAL PENGISIAN MAKLUMAT PROFIL MURID

SIAPA LAYAK BUAT PENDAFTARAN TAHUN 1 2027?

Ibu bapa / penjaga hanya boleh memohon untuk kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia dan lahir dalam tarikh berikut:

✔️ Umur 5+ (6 tahun) – Lahir antara 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022
✔️ Umur 6+ (7 tahun) – Lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.

Bermula sesi 2027, kanak-kanak berumur 6 tahun (5+) dibenarkan masuk Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.

📌 Kanak-kanak bukan warganegara Malaysia perlu membuat permohonan secara luar talian mulai Jun 2026 melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) (dibawah arahan KPM)

SIAPA LAYAK BUAT PENDAFTARAN MURID 2027 TAHUN 1

TARIKH PENTING PENDAFTARAN TAHUN 1

Pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2027 telah dibuka secara atas talian idme.moe.gov.my mengikut butiran berikut:

PERKARATARIKH
📍 Pendaftaran Dalam Talian (Biasa)🗓️ 15 Februari 2026 – 31 Mac 2026
📍 Pendaftaran Lewat (permohonan masih dibuka tetapi lewat)🗓️ 1 April 2026 – 15 November 2026
📍 Semakan & Pengesahan Penempatan Ibu Bapa / Penjaga🗓️ 1 – 31 Ogos 2026
📍 Semakan & Pengesahan Keputusan Rayuan🗓️ 1 – 31 Oktober 2026

📌 Semua pendaftaran dan semakan keputusan dilakukan melalui portal idMe / MOEIS. Para ibu bapa dinasihatkan membuat pendaftaran anak bagi sesi 2027 tahun 1 lebih awal untuk mengelakkan kesesakan sistem & ada masa mencukupi untuk pembetulan maklumat jika perlu.

TARIKH PENTING PENDAFTARAN TAHUN 1

APA DOKUMEN PENDAFTARAN TAHUN 1 2027 YANG PERLU?

Ibu bapa / penjaga perlu serahkan Borang Perakuan Sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dalam talian bersama salinan asal + disahkan:

  • Sijil Kelahiran murid
  • Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga
  • Dokumen hak penjagaan anak (jika berkaitan)
  • Sijil Nikah ibu bapa
  • Bil utiliti (bukti alamat)

📌 Borang Perakuan Sekolah perlu dihantar ke sekolah yang dipohon untuk proses verifikasi.

IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 2027

Langkah penuh pendaftaran online murid Tahun 1 2027 melalui portal idME adalah seperti berikut:

IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 2027
  1. Layari portal https://idme.moe.gov.my
  2. Daftar akaun idMe (jika belum ada).
  3. Log masuk dengan ID pengguna.
  4. Pilih menu “Tahun 1”.
  5. Klik “Permohonan Baharu”.
  6. Masukkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat penjaga/ibu bapa
    • Maklumat sekolah pilihan
  7. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  8. Semak maklumat dan klik “Peraku Benar Dan Hantar”.
  9. Cetak borang/surat permohonan sebagai rujukan.

👉 Jika perlu kemaskini alamat atau maklumat murid, lakukan sebelum menghantar borang.

IDME PENDAFTARAN TAHUN 1 2027

*Pastikan maklumat telah diisi dengan tepat sebelum permohonan dihantar. Sila rujuk manual Pengguna Sistem Bersepadu KPM di bawah:

SEMAKAN & RAYUAN PENEMPATAN SEKOLAH BAGI TAHUN 1

Selepas membuat pendaftaran & permohonan dihantar, ibu bapa boleh semak status penempatan murid Tahun 1 2027 melalui portal idMe / MOEIS.

✔️ Notifikasi seperti “Berjaya ditempatkan”, “Dalam proses”, atau “Tidak berjaya” akan dipaparkan.

Jika tidak berpuas hati dengan keputusan penempatan, permohonan rayuan perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Boleh tukar pilihan sekolah selepas hantar permohonan?

Biasanya boleh selagi permohonan belum disahkan pihak sekolah. Selepas pengesahan, perubahan mungkin tidak dibenarkan kecuali melalui rayuan rasmi.

Apa perlu buat jika tidak boleh log masuk sistem?

Cuba reset kata laluan dahulu. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal portal atau pihak sekolah untuk semakan akaun.

Kenapa status permohonan masih “Dalam Proses” walaupun sudah lama?

Tempoh semakan boleh berbeza bergantung jumlah permohonan dan kapasiti sekolah.

Bagaimana jika anak kembar memohon, adakah mereka akan ditempatkan di sekolah sama?

Tidak semestinya, tetapi biasanya pihak penempatan akan cuba meletakkan adik-beradik di sekolah sama jika kekosongan ada.

Adakah memilih sekolah popular mengurangkan peluang diterima?

Sekolah permintaan tinggi biasanya mempunyai persaingan lebih ketat. Pemilihan alternatif boleh membantu peluang penempatan.

Boleh buat permohonan menggunakan telefon sahaja?

Boleh, asalkan capaian internet stabil dan dokumen boleh dimuat naik dengan jelas.

Perlu mohon lagi jika anak sudah belajar prasekolah di sekolah sama?

Ya. Pendaftaran Tahun 1 ialah proses berasingan walaupun anak belajar di prasekolah sekolah tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi idME Pendaftaran Tahun 1 2027 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai kemasukan ke sekolah rendah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment