SEMAKAN SARA 2025 : CEK ONLINE STATUS BAYARAN MYKASIH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di bawah inisiatif MyKasih diteruskan menerusi Belanjawan 2025 bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan secara tanpa tunai dan membolehkan mereka membeli barangan asas di kedai terpilih.
Bagaimanakah cara nak buat semakan bantuan SARA 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah yang telah disediakan.
BACA JUGA: MOHON BANTUAN SARA MYKASIH RM200
APAKAH KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH?
Penerima bantuan SARA MyKasih perlu memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan hanya penerima bantuan yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Antara syarat-syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai penerima STR atau berdaftar dalam sistem eKasih
- Kategori pendapatan isi rumah dalam B40 / Miskin / Miskin Tegar
- Tiada rekod pendapatan tetap
BILAKAH TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH?
Penerima bantuan akan menerima bayaran SARA MyKasih mengikut tarikh berbeza berdasarkan kategori kelayakan mereka. Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima berdasarkan kategori berikut:
- Penerima STR & eKasih:
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima STR sahaja:
- Bermula April hingga Disember 2025
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA
Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad adalah berbeza berdasarkan kategori penerima seperti dalam jadual berikut:
- PENERIMA STR & EKASIH (B40)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 Setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 Setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 Setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA STR (M40)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak layak |
BAGAIMANA CARA SEMAKAN SARA MYKASIH 2025?
Semakan bantuan SARA Mykasih 2025 boleh dibuat secara online sahaja untuk lebih memudahkan akses penerima bantuan. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan SARA adalah:

1. PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih
Buka pelayar web dan pergi ke: https://mykasih.com.my/
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan
Nombor MyKad
Kata laluan (jika diperlukan)
Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan. - Tekan butang ‘Login’
Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
Semak status kelayakan
Semak baki bantuan
Semak rekod transaksi - Sekiranya lupa kata laluan
Klik “Forgot Password” dan ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia).
2. PORTAL RASMI MYSTR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan (tanpa sengkang). Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Papar Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, anda akan nampak jumlah bantuan & tarikh bayaran.
RUJUKAN
Info tentang Semakan SARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Jika terdapat sebarang persoalan dan pertanyaan, pemohon disarankan merujuk terus ke:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]