CHECK SARA MYKASIH 2025 : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CHECK SARA MYKASIH 2025 : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program SARA MyKasih adalah salah satu inisiatif penting yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2025 bagi membantu rakyat berdepan dengan cabaran kos sara hidup. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai RM100 setiap bulan, yang boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai dan pasar raya terpilih. Tahun ini, kerajaan memperluaskan manfaat bantuan dengan melibatkan 5.4 juta penerima daripada kategori B40 dan sebahagian M40. Selain itu, bantuan ini juga membantu mengurangkan tekanan perbelanjaan bulanan rakyat di tengah kenaikan harga barang.

Artikel ini akan menjelaskan cara check status SARA MyKasih 2025, syarat kelayakan serta panduan lengkap berkaitan pembayaran bantuan.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR RM100 DALAM MYKAD

APAKAH SYARAT SARA MYKASIH 2025?

Bantuan SARA MyKasih 2025 diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

CHECK TARIKH SARA MYKASIH 2025 DIBAYAR BILA?

Bantuan SARA MyKasih 2025 akan dimasukkan ke akaun penerima yang layak dari kategori B40 dan M40 pada setiap awal bulan, seperti yang diperincikan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

BERAPA JUMLAH SARA MYKASIH 2025 YANG DIKREDITKAN?

Setiap kategori penerima SARA MyKasih 2025 ditetapkan jumlah bantuan tertentu. B40 menerima bantuan antara RM600 hingga RM2100, manakala M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Kesemua jumlah berkenaan akan disalurkan terus ke MyKad penerima. Butiran penuh ditunjukkan dalam jadual berikut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

BAGAIMANA CARA GUNA SARA MYKASIH?

Untuk membuat pembelian bantuan SARA MyKasih 2025, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA SARA MYKASIH

BAGAIMANA CARA CHECK SARA MYKASIH 2025?

Untuk check status SARA MyKasih 2025, penerima boleh membuat semakan secara online melalui dua portal rasmi iaitu Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah check SARA MyKasih:

CHECK SARA MYKASIH 2025 MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA CHECK SARA MYKASIH 2025

CHECK SARA MYKASIH 2025 MELALUI PORTAL MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi
LOGIN BAGAIMANA CARA CHECK SARA MYKASIH 2025

RUJUKAN

Panduan bagi Check SARA MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment