SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN ONLINE PENERIMA

SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN ONLINE PENERIMA

Bayaran Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kini menjadi tumpuan ramai apabila kerajaan masih belum membuat pengumuman tarikh rasmi. Menerusi Belanjawan 2025, STR terus diberi keutamaan sebagai bantuan tunai langsung kepada isi rumah B40 dan M40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Hampir 9 juta penerima akan mendapat manfaat daripada bantuan ini yang diagihkan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan. Bantuan ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, malah menjadi salah satu langkah proaktif kerajaan dalam menyokong kestabilan ekonomi isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak.

Semakan status kelulusan dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Artikel ini akan mengupas tentang cara lengkap semak status bayaran STR Fasa 3 dan info penting berkaitan bantuan tersebut.

BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN TERKINI PENERIMA BANTUAN TUNAI 2025

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR?

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk setiap pemohon bantuan STR adalah berbeza mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.

BERAPA JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR?

Tak semua penerima bantuan STR akan terima jumlah yang sama. Ia bergantung pada kategori kelayakan masing-masing. Jadual di bawah perincikan jumlah bantuan mengikut kategori:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM2500RM600

BAGAIMANA CARA BAYARAN BANTUAN STR?

Pembayaran bantuan STR Fasa 3 dilaksanakan melalui dua kaedah utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 3?

Bayaran bantuan STR 2025 dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa utama dan untuk bayaran bagi fasa 3, pengkreditan dibuat bermula 12 Ogos 2025.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

* Untuk semakan status bagi rayuan Fasa 3, semakan boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.

CARA SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3

Penerima yang ingin semak status bayaran STR Fasa 3 boleh berbuat demikian melalui laman rasmi yang disediakan pihak kerajaan. Berikut ialah panduan semakan yang lengkap:

LOGIN SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 3

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Status Bayaran STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment