SEMAK KELAYAKAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah melalui bayaran tunai secara berperingkat. Setiap penerima disaran membuat semakan kelayakan STR 2026 bagi memastikan maklumat terkini direkodkan dan bantuan disalurkan tanpa sebarang masalah.
Ikuti panduan di bawah untuk mengetahui cara semak status, jumlah bayaran dan kategori penerima yang layak.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Bagi tahun 2026, syarat kelayakan STR kekal seperti sebelumnya dengan sedikit penambahbaikan demi ketelusan agihan. Semak syarat kelayakan STR 2026 seperti perincian berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
*Untuk makluman, bagi STR 2026, kategori bujang telah dipindahkan ke Program SARA bagi penerimaan bantuan masing-masing.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DISALURKAN?
Bagi penerima STR 2026, jumlah bayaran berbeza mengikut kategori isi rumah B40, isi rumah M40, dan warga emas tanpa pasangan. Semak maklumat jumlah kelayakan bantuan STR 2026 mengikut kategori seperti dalam jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
SEMAK KELAYAKAN STR 2026
Untuk kemudahan semak status kelayakan STR 2026, pendaftaran akaun MySTR diwajibkan kepada semua penerima sama ada sedia ada atau pengguna baharu. Langkahnya seperti berikut:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status kelayakan STR 2026 secara online.

CARA PERMOHONAN STR 2026
Bagi memudahkan proses permohonan STR 2026, pemohon boleh memilih sama ada mengisi secara online di portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau menghantar borang manual di kaunter LHDN. Berikut panduannya:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
BAGAIMANA CARA MAKLUMAT STR 2026 DIKEMASKINI?
Kemaskini diperlukan bagi penerima yang mengalami perubahan maklumat seperti status perkahwinan, alamat, atau bilangan tanggungan. Rujuk butiran berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK KELAYAKAN STR 2026
Ia kesinambungan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan penambahbaikan kadar dan proses semakan.
MySTR digunakan untuk semakan status, kemaskini maklumat, serta info bayaran STR 2026.
Bayaran pertama dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026, tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan.
Kad pengenalan, slip gaji atau penyata pendapatan, serta sijil nikah atau kelahiran anak.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Kelayakan STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/