SEMAK BAYARAN SARA RM100 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Kerajaan melalui Belanjawan 2025 mengekalkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Dengan cara ini, penerima boleh membeli barangan asas di lebih 7300 kedai runcit serta pasar raya terpilih. Berdasarkan pengumuman rasmi, seramai 5.4 juta penerima SARA MyKasih telah dikenal pasti di seluruh negara. Bantuan ini memberi manfaat kepada isi rumah B40, warga emas tanpa pasangan, serta individu bujang berpendapatan rendah.
Melalui kemudahan semak bayaran SARA RM100, orang ramai boleh mengetahui status bayaran dengan lebih mudah. Oleh itu, penting untuk penerima membuat semakan bayaran bantuan SARA RM100 dalam MyKad bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada menerima manfaat yang telah diperuntukkan. Jom ikuti artikel ini untuk info lanjut
BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN SUMBANGAN BARANGAN ASAS SARA 2025
APA SYARAT KELAYAKAN SARA RM100?
Bantuan SARA RM100 menyasarkan penerima daripada golongan B40 dan M40, dengan syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BERAPA JUMLAH BAYARAN SARA YANG DISALURKAN?
- Jumlah bayaran SARA yang disalurkan mengikut kategori:
- B40: RM600 – RM2100
- M40: RM450 – RM900
- Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lanjut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA ONE-OFF
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan bayaran bantuan tambahan SARA RM100 boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BILA TARIKH BAYARAN SARA RM100 DIKREDITKAN?
Tarikh bayaran SARA RM100 akan dikreditkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA SARA RM100 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS
Untuk membuat pembelian dengan bantuan SARA RM100 menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAYARAN SARA RM100 DALAM MYKAD?
Cara semak status bayaran SARA RM100 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh bayaran SARA RM100:
SEMAK BAYARAN SARA RM100 MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BAYARAN SARA RM100 MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

RUJUKAN
Panduan bagi Semak Bayaran SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]