SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH : SEMAK STATUS BANTUAN DALAM IC 2025

SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH : SEMAK STATUS BANTUAN DALAM IC 2025

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah inisiatif Belanjawan 2025 merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit RM100 sebulan yang akan dimasukkan terus ke dalam IC penerima. Penerima yang layak boleh membeli barangan asas di lebih 7300 pasar raya dan kedai runcit terpilih tanpa perlu menggunakan wang tunai. Bantuan ini memberi keutamaan kepada isi rumah B40, warga emas tanpa pasangan, serta individu bujang berpendapatan rendah.

Melalui kemudahan semakan SARA RM100 MyKasih, rakyat boleh menyemak status bantuan mereka secara online. Oleh itu, penting untuk penerima melakukan semakan status SARA RM100 dalam IC bagi memastikan mereka tidak terlepas manfaat ini.

BACA JUGA: CHECK KATEGORI TERKINI BARANGAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN

APA SYARAT KELAYAKAN SARA RM100 MYKASIH?

Bantuan SARA RM100 MyKasih disediakan untuk golongan B40 dan M40 yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ia terbuka kepada pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BILA TARIKH SARA RM100 MYKASIH DIBAYAR?

Bantuan SARA RM100 MyKasih akan dibayar kepada penerima yang layak dari kategori B40 dan M40 pada setiap awal bulan, seperti yang diperincikan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
BILA TARIKH BANTUAN DIBAYAR

BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN?

Dalam bantuan SARA MyKasih, jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima. Golongan B40 layak menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini disalurkan terus ke MyKad masing-masing. Perinciannya adalah seperti dalam jadual berikut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA RM100 boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

BAGAIMANA CARA GUNA SARA RM100 MYKASIH DALAM IC?

Cara guna SARA RM100 MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan IC, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk IC di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA RM100 MyKasih boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA SARA RM100 MYKASIH DALAM IC

BAGAIMANA CARA BUAT SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH?

Cara buat semakan status SARA RM100 MyKasih kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh SARA RM100 MyKasih:

SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA BUAT SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH

SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
  5. Semak baki bantuan
LOGIN BAGAIMANA CARA BUAT SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan SARA RM100 MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment