SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN BARANG ASAS

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN BARANG ASAS

Bagi tahun 2025, kerajaan meneruskan pelaksanaan Bantuan SARA Rahmah sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat. Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai ke dalam MyKad setiap bulan. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7300 kedai runcit dan pasar raya terpilih. Dengan adanya kemudahan semakan bantuan SARA Rahmah 2025, penerima boleh mengetahui status kelayakan masing-masing secara lebih mudah dan cepat.

Artikel ini akan menerangkan cara membuat semakan bantuan SARA Rahmah 2025, kategori penerima, serta jumlah bantuan yang disediakan.

BACA JUGA: CHECK RM100 BANTUAN SARA DALAM IC PENERIMA YANG LAYAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Bantuan SARA Rahmah 2025 ini diberikan kepada golongan B40 dan M40, tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi oleh pemohon kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah butirannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN?

Bantuan SARA Rahmah 2025 menyalurkan jumlah bantuan berbeza mengikut kelayakan penerima. Golongan B40 menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima, seperti yang diringkaskan dalam jadual berikut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH DIKREDITKAN?

Bayaran Bantuan SARA Rahmah 2025 akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH DIKREDITKAN

CARA GUNA BANTUAN SARA RAHMAH UNTUK PEMBELIAN

Cara guna bantuan SARA Rahmah 2025 untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA Rahmah boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Penerima yang layak boleh membuat semakan bantuan SARA Rahmah 2025 secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh bantuan SARA Rahmah 2025:

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan SARA Rahmah 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment