SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE 2026 : CARA MUDAH CHECK BAKI TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD

SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE 2026 : CARA MUDAH CHECK BAKI TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD

Semakan baki MyKasih 2026 kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter. Bantuan SARA yang dikreditkan ke dalam MyKad membolehkan penerima membeli barangan keperluan secara tanpa tunai.

Jika anda ingin mengetahui baki terkini serta cara semak MyKasih yang betul secara online, panduan ini akan membantu anda faham dengan cepat dan jelas.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SIAPA LAYAK TERIMA SARA MYKASIH?

Syarat bantuan SARA MyKasih 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria khusus bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH DISALURKAN?

Bayaran bantuan MyKasih dilaksanakan mengikut jadual rasmi kerajaan dan kebiasaannya dikreditkan pada awal setiap bulan. Bagi tahun 2026, bayaran telah mula disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak seperti butiran berikut:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH DISALURKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH?

Penerima yang layak akan menerima bantuan mengikut kategori masing-masing dengan jumlah antara:

👉 RM50 hingga RM200 sebulan

Jumlah ini bergantung kepada kategori penerima dan kelayakan semasa seperti maklumat di bawah:

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Jumlah Bantuan SARA eKasih

SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE

Penerima yang layak boleh semak baki kredit bantuan MyKasih secara online melalui saluran rasmi seperti portal atau aplikasi yang disediakan. Semakan berkala amat digalakkan bagi memastikan baki mencukupi sebelum membuat pembelian barangan asas. Berikut perinciannya:

  • Semak Baki MyKasih Online melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semak Baki Kredit MyKasih Online melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA SEMAK ONLINE STATUS MYKASIH?

Penerima boleh semak status bayaran dan baki MyKasih secara online melalui:
👉 Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
👉 Laman rasmi SARA: sara.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui:
📞 Hotline STR: 1-800-88-2747
📞 MyKasih: 03-7720 1800

Langkah lengkap untuk semak status dan baki MyKasih secara online seperti di bawah:

SEMAK STATUS MYKASIH ONLINE MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BAGAIMANA CARA SEMAK ONLINE STATUS MYKASIH

SEMAK STATUS MYKASIH ONLINE MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan SARA MyKasih online
BAGAIMANA CARA SEMAK ONLINE STATUS MYKASIH

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Langkah ringkas seperti berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status Baki MyKasih Online Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA TEBUS SARA MYKASIH GUNA MYKAD?

Langkah mudah untuk tebus bantuan SARA MyKasih di kedai yang berdaftar adalah:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA TEBUS SARA MYKASIH GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE

Bolehkah semakan dibuat menggunakan telefon orang lain?

Boleh, asalkan maklumat log masuk adalah betul.

Apa perlu dibuat jika baki tidak dikemaskini?

Disarankan untuk tunggu seketika atau hubungi pihak berkaitan.

Bolehkah baki digunakan di mana-mana negeri?

Ya, selagi premis tersebut terlibat dalam program MyKasih.

Adakah resit pembelian akan menunjukkan baki terkini?

Kebiasaannya ya, bergantung kepada sistem premis.

Bolehkah semak baki lebih dari sekali sehari?

Boleh, tiada had semakan ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Baki MyKasih Online ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment