SARA 2026 SEMAKAN STATUS : SEMAK JUMLAH, TARIKH & JADUAL BAYARAN

SARA 2026 SEMAKAN STATUS : SEMAK JUMLAH, TARIKH & JADUAL BAYARAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 terus menjadi sokongan penting kepada golongan memerlukan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui sistem tanpa tunai, bantuan ini disalurkan secara lebih tersusun dan mudah digunakan.

Jika anda ingin membuat semakan status, jumlah bayaran serta cara penggunaan bantuan SARA 2026, panduan ini akan membantu anda memahami semuanya dengan lebih jelas.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SIAPA LAYAK TERIMA SARA 2026?

Bantuan SARA 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria khusus bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Berikut syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BANTUAN SARA DISALURKAN?

Bayaran bantuan SARA dilaksanakan mengikut jadual rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan dan kebiasaannya dikreditkan pada awal setiap bulan. Bagi tahun 2026, bayaran permulaan telah disalurkan mengikut tarikh yang ditetapkan:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA TARIKH BANTUAN SARA DISALURKAN

BERAPA JUMLAH SARA BULANAN DIKREDITKAN?

Penerima yang layak akan menerima bantuan mengikut kategori masing-masing, dengan jumlah antara:

👉 RM50 hingga RM200 sebulan

Jumlah ini bergantung kepada kategori penerima dan kelayakan semasa seperti perincian di bawah:

BERAPA JUMLAH SARA BULANAN DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA JUMLAH SARA BULANAN DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

SARA 2026 SEMAKAN STATUS

Semakan status bantuan SARA 2026 boleh dilakukan secara online melalui:

  • Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my
  • Laman rasmi SARA di sara.gov.my

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:

  • Hotline STR: 1-800-88-2747
  • MyKasih: 03-7720 1800

Langkah lengkap semakan status SARA 2026:

SARA 2026 SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SARA 2026 SEMAKAN STATUS

SARA 2026 SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA
SARA 2026 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS SARA 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, pengguna juga boleh membuat semakan melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Langkah-langkah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Status SARA 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

SARA 2026 SEMAKAN STATUS BAKI KREDIT

Penerima boleh membuat semakan status baki kredit bantuan SARA 2026 melalui saluran rasmi yang disediakan seperti portal atau aplikasi berkaitan. Semakan ini penting bagi memastikan baki mencukupi sebelum membuat pembelian. Perinciannya seperti berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SARA 2026 SEMAKAN STATUS BAKI KREDIT
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH?

Penggunaan bantuan SARA dilakukan secara tanpa tunai menggunakan MyKad di kaunter pembayaran. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026 SEMAKAN STATUS

Bolehkah semakan dibuat jika terlupa kata laluan akaun?

Boleh, pengguna boleh reset kata laluan melalui portal rasmi sebelum membuat semakan.

Adakah bantuan SARA akan diteruskan setiap tahun?

Ia bergantung kepada keputusan dan peruntukan semasa kerajaan.

Bolehkah penerima berpindah kawasan menggunakan bantuan ini?

Boleh, selagi terdapat premis yang mengambil bahagian di kawasan tersebut.

Adakah terdapat had penggunaan harian untuk bantuan ini?

Tiada had harian khusus, namun tertakluk kepada baki kredit semasa.

Bolehkah bantuan digunakan untuk pembelian dalam talian?

Tidak, buat masa ini penggunaan hanya di kaunter fizikal premis terlibat.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SARA 2026 Semakan Status ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment