SARA ONE OFF 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN BAGI FASA FEBRUARI

SARA ONE OFF 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN & TARIKH BAYARAN BAGI FASA FEBRUARI

Bantuan SARA One Off 2026 merupakan inisiatif khas kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, penerima layak akan menerima kredit RM100 secara one-off yang dimasukkan terus ke dalam MyKad untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di premis terpilih. Pelaksanaan bantuan secara cashless ini bertujuan memastikan agihan lebih telus, selamat dan mudah diakses oleh golongan sasaran.

Selain melengkapkan bantuan SARA bulanan, pemberian khas ini juga menjadi sebahagian daripada pakej bantuan kos sara hidup di bawah Bajet 2026.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SARA ONE OFF 2026

SARA One Off 2026 ialah bantuan berbentuk kredit tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad penerima. Bagi tahun 2026, kerajaan memperkenalkan bayaran khas RM100 secara one-off sebagai bantuan tambahan kepada rakyat dewasa yang layak. Antara ciri utama bantuan ini ialah:

  • Kredit RM100 dimasukkan terus ke MyKad
  • Termasuk dalam pakej bantuan kos sara hidup Bajet 2026
  • Digunakan untuk pembelian barangan asas
  • Sah digunakan di premis berdaftar sahaja
APA ITU SARA ONE OFF 2026

APA SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF?

Secara umum, bantuan ini terbuka kepada rakyat Malaysia dewasa tanpa mengira latar belakang pendapatan. Syarat kelayakan utama SARA One Off 2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Tiada had pendapatan atau status pekerjaan.

BAGAIMANA CARA SARA 2026 ONE OFF DI MOHON?

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan ini. Bantuan diberikan secara automatik berdasarkan data rasmi kerajaan. Namun, penerima digalakkan memastikan:

  • Maklumat peribadi adalah tepat
  • Rekod STR sentiasa dikemaskini
  • Status MyKad dalam keadaan baik
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat, kemaskini perlu dibuat segera.

BILA TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 DIKREDITKAN?

Kerajaan telah menetapkan jadual bayaran bantuan SARA bagi tahun 2026 seperti berikut:

  • SARA Bulanan
    • ▶️ Bermula: 9 Januari 2026
  • SARA One-Off (Bayaran Sekali Sahaja)
    • ▶️ Bermula: 9 Februari 2026
BILA TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 DIKREDITKAN

SEMAKAN STATUS SARA 2026

Penerima boleh membuat semakan status bantuan melalui saluran rasmi berikut:

SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR (UNTUK PENERIMA STR)

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN STATUS SARA 2026

SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran SARA 2026
    • Semak baki bantuan
SEMAKAN STATUS SARA 2026

SARA ONE OFF 2026 SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA

Pengguna perlu mempunyai akaun MyDigital ID yang telah didaftarkan. Langkah lengkap bagi penggunaan aplikasi MyGOV Malaysia seperti berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak SARA One Off 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH

Baki kredit SARA 2026 boleh disemak melalui:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA akan dipaparkan
CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA

Kredit SARA One Off 2026 sebanyak RM100 dalam MyKad hanya boleh digunakan di premis yang berdaftar dengan Program SARA MyKasih. Langkah pembelian adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan RM100 ini boleh digunakan untuk beli semua barangan?

Tidak. Ia hanya terhad kepada barangan asas yang diluluskan di bawah program MyKasih.

Bolehkah kredit ini dipindahkan kepada orang lain?

Tidak. Kredit hanya boleh digunakan oleh pemilik MyKad.

Apa perlu dibuat jika kredit belum masuk selepas tarikh bayaran?

Penerima boleh membuat semakan melalui portal rasmi atau hubungi pusat khidmat pelanggan.

Adakah bantuan ini memberi kesan kepada bantuan lain?

Tidak. SARA One Off tidak menjejaskan kelayakan bantuan lain.

Bolehkah kredit dikeluarkan sebagai wang tunai?

Tidak. Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian di kedai terpilih.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SARA One Off 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment