MYSARA CHECK BALANCE ONLINE 2026 : SEMAK BAKI TERKINI BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Program MySARA atau SARA MyKasih 2026 merupakan inisiatif bantuan tanpa tunai yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup. Melalui program ini, bantuan disalurkan dalam bentuk kredit yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Penerima digalakkan check balance Bantuan MySARA 2026 secara online bagi memastikan penggunaan kredit lebih terancang serta mengelakkan pembaziran sebelum tamat tempoh sah.
Ikuti artikel ini untuk info lanjut.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2026?
Kelayakan MySARA 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria asas bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat utama kelayakan ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BAYARAN MYSARA 2026 DISALURKAN?
Agihan bantuan dilaksanakan secara bulanan bermula awal tahun dan dikreditkan mengikut tarikh yang diumumkan kerajaan. Penerima disarankan check balance MySARA 2026 secara online dari semasa ke semasa untuk mengetahui tarikh kemasukan kredit terkini. Berikut adalah tarikh bayaran bermula bagi SARA bulanan:
- 9 Januari 2026
- ➡️ 5 juta isi rumah, termasuk warga emas
- 16 Januari 2026
- ➡️ 3.1 juta individu bujang

SEMAKAN STATUS MYSARA 2026 ONLINE
Penerima yang layak boleh check status terkini atau balance Bantuan MySARA 2026 secara online melalui saluran rasmi berikut:
- Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi SARA: sara.gov.my
- Khidmat Bantuan
- Hotline STR: 1-800-88-2747
- MyKasih: 03-7720 1800
SEMAKAN STATUS MYSARA 2026 ONLINE MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

MYSARA 2026 SEMAKAN STATUS ONLINE MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh bayaran SARA 2026
- Semak baki bantuan

MYSARA 2026 SEMAKAN STATUS ONLINE MELALUI MYGOV MALAYSIA
Bagi penerima yang layak, balance MySARA 2026 juga boleh check secara online melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Syarat utama ialah mempunyai akaun MyDigital ID yang aktif. Panduan ringkas:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Check Balance MySARA Online Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik SARA MyKasih.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

MYSARA CHECK BALANCE ONLINE 2026
Balance kredit Bantuan MySARA 2026 boleh check secara online melalui beberapa saluran rasmi berikut:
- Check Balance MySARA 2026 Online melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Check Balance MySARA 2026 Online melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
BERAPA JUMLAH BAYARAN MYSARA 2026 DIAGIHKAN?
Penerima yang layak boleh menerima kredit sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kelayakan masing-masing. Berikut butirannya:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA
- Selain bantuan bulanan, kerajaan turut menyediakan bayaran khas RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Bayaran ini mula diagihkan bermula 9 Februari 2026 sebagai bantuan tambahan kos sara hidup.
- Semakan kelayakan status boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan.

BAGAIMANA CARA GUNA MYSARA UNTUK PEMBELIAN?
Penggunaan Bantuan MySARA 2026 dilakukan secara tanpa tunai di premis terpilih. Panduan penggunaan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA CHECK BALANCE ONLINE 2026
Digalakkan supaya kredit tidak luput tanpa digunakan
Bergantung kepada polisi semasa yang ditetapkan kerajaan.
Semak resit dan hubungi MyKasih untuk pengesahan.
Tidak. Hanya premis yang berdaftar sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MySARA Check Balance Online 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/