PLKN CHECK IC : SEMAKAN ONLINE NAMA PESERTA SESI 3.0 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 merupakan inisiatif yang diteruskan oleh Kerajaan Malaysia bagi membentuk jati diri, patriotisme dan daya tahan dalam kalangan belia Malaysia. Dengan struktur latihan yang lebih fleksibel dan inklusif, PLKN 3.0 2025 juga memberikan peluang kepada peserta untuk membina kerjaya, menambah nilai diri serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Adakah nama anda terpilih? Ikuti langkah mudah disini untuk semakan nama calon.
BACA JUGA: Cara Mohon Lesen Memandu Percuma B2 2025
SYARAT KELAYAKAN PLKN 3.0 2025
Kriteria yang ditetapkan untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi).
- Kelahiran tahun 2007.
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
CARA CHECK ONLINE STATUS CALON PLKN DENGAN IC
Nama peserta PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]

Bagi calon yang tersenarai menyertai PLKN dan ingin meneruskan pendaftaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
TARIKH DAN LOKASI PROGRAM PLKN SESI 3.0 2025
PLKN 3.0 bagi tahun 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut:
Pertama (SIRI 1):
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
Kedua (SIRI 2):
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Ketiga (SIRI 3):
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
PENAFIAN
Maklumat yang dikongsikan di laman ini adalah untuk tujuan umum dan rujukan sahaja bagi memudahkan carian pengguna. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan kandungan yang dipaparkan. Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah berdasarkan sumber yang sahih semasa penulisan.
Pembaca digalakkan rujuk sumber rasmi atau pihak berkuasa berkaitan untuk maklumat terkini dan tepat. Sebarang tindakan berdasarkan maklumat ini adalah atas risiko pengguna sendiri.
RUJUKAN
- Portal rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia: https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib melalui saluran dibawah:
- Tel : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/