CUTI RAYA HAJI : SEMAK TARIKH CUTI DAN CUTI TAMBAHAN 2025
Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan utama bagi seluruh umat Islam. Di Malaysia, ia disambut dengan penuh kesyukuran dan merupakan masa untuk ibadah korban serta mengeratkan silaturahim bersama keluarga.
Dalam artikel ini, kami senaraikan maklumat lengkap mengenai tarikh Hari Raya Haji 2025 dan negeri yang menerima cuti tambahan untuk anda dan keluarga membuat perancangan awal.
BACA JUGA: SEMAKAN NAMA CALON PLKN SIRI 2 2025
TARIKH HARI RAYA HAJI 2025
Hari Raya Haji rasmi disambut pada:
- Sabtu, 7 Jun 2025 (10 Zulhijah 1446H)
Tarikh ini adalah berdasarkan pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengikut cerapan anak bulan Zulhijjah.
SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI TAMBAHAN MENGIKUT NEGERI
Hari Raya Haji merupakan cuti umum di seluruh negara. Namun begitu, beberapa negeri menikmati cuti tambahan yang berbeza bergantung kepada peraturan negeri masing-masing.
CUTI UMUM WAJIB (SELURUH MALAYSIA)
- Sabtu, 7 Jun 2025 – Hari Raya Aidiladha
CUTI TAMBAHAN MENGIKUT NEGERI
| Tarikh | Negeri | Jenis Cuti |
|---|---|---|
| Ahad, 8 Jun 2025 | Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu | Cuti Tambahan |
| Isnin, 9 Jun 2025 | Peris, Kelantan, Terengganu | Cuti Peristiwa/ Cuti Negeri |
Mengikut rekod tahun sebelumnya, penduduk di Kelantan, Perlis dan Terengganu, kebiasaanya boleh menikmati cuti sehingga 3 hari berturut-turut. Ini memberikan tempoh yang baik untuk pulang ke kampung atau berehat bersama keluarga.
CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA HAJI
Kementerian Pendidikan Malaysia kebiasaannya akan menyesuaikan takwim cuti sekolah mengikut cuti umum Aidiladha. Sekolah di negeri seperti Kelantan dan Terengganu yang cuti mingguan bermula Jumaat mungkin turut menikmati cuti pada:
- Jumaat, 6 Jun 2025 (Hari Arafah) – Cuti hujung minggu biasa di negeri Pantai Timur
- Sabtu, 7 Jun (Raya Haji)
- Ahad dan Isnin (Cuti Tambahan / Peristiwa)
Semakan rasmi boleh dibuat menerusi laman web KPM https://www.moe.gov.my atau sekolah masing-masing apabila pengumuman rasmi dikeluarkan.
KESIMPULAN
Hari Raya Haji 2025 yang rasminya jatuh pada 7 Jun 2025 (Sabtu) dan disertai dengan cuti tambahan di beberapa negeri. Ini memberikan peluang awal untuk merancang pulang ke kampung dan melakukan ibadah korban dengan lebih tenang. Dengan mengetahui lebih awal tarikh cuti Hari Raya Haji 2025 dan senarai negeri yang menikmati cuti tambahan, anda boleh menyusun jadual kerja dan cuti tahunan dan gunakan peluang ini untuk bersama keluarga dan menghayati makna sebenar Aidiladha.
PENAFIAN
Maklumat dalam artikel ini adalah berdasarkan tarikh rasmi dari sumber rasmi semasa penulisan dan tarikh jangkaan cuti tambahan adalah mengikut trend tahun sebelumnya. Tarikh sebenar cuti tambahan mungkin berbeza bergantung kepada pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan kerajaan negeri masing-masing.
Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan atau ketidaktepatan maklumat yang berlaku selepas artikel ini diterbitkan. Untuk pengesahan terkini, sila rujuk laman web rasmi kerajaan atau hubungi jabatan yang berkaitan.